Monday, November 24, 2014

Bicara kembali tentang keinginan


Ayuh kita bicara kembali tentang nafsu,

Nafsu itu ringkasnya bermaksud keinginan atau pun satu kemahuan.

Jadinya jika kita mahu sesuatu yang melanggar hukum syarak atau pun hukum Islam. Itu ialah nafsu yang harus di buang dan di benteras sebenterasnya. Jangan di layan keinginan seperti ini. Lawan dan terus lawan keinginan yang serupa ini.

Jangan risau, anda tidak keseorangan di dalam hal ini. Ini kerana relax berani jamin, semua manusia sedang melawan keinginannya. Keinginan kepada sesuatu yang tidak perlu atau pun melanggar hukum agama. 

Mengapa relax benar-benar yakin semua manusia sedang melawan keinginannya?
Ini kerana setiap manusia punyai nafsu, sudah tentu mereka punyai keinginan. Di samping itu, syaitan sentiasa ada di sekeliling kita. Tukang penghasut itu sentiasa adakan. Ada juga ayat mengatakan, melawan nafsu itu merupakan jihad yang terbesar. So, sudah jelas mengapa relax benar-benar yakin nafsu itu di lawan oleh semua orang Islam di dunia ini. (Harap kalian faham apa yang ingin ku sampaikan)


Hati itu ialah raja, jika dapat mengawal hati itu dan tidak mengikut nafsu. Percayalah, saksikanlah satu keajaiban. Keajaiban yang hanya di rasai oleh mereka yang sudah melawan nafsu itu. (Faham ke tidak apa relax nak sampaikan ni. Ish2....)


Sekian daripad ku,
Penyimpan rahsia besar Ilahi.

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum semua.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!