Monday, November 24, 2014

Nasihat menasihati



Salam ku hulur kepada pembaca blog ku dan assalamualaikum ku ucapkan kepada kalian.

Bicara daripada seorang manusia yang ada silap dan salahnya. Mintak tunjuk daripada kalian ye, Mohon tegur ku andai ku salah. 

Terlalu ramai yang ku kenal. Suka benar menegur. Teguran nya kadang-kadang terlalu tajam, susuknya sampai ke kalbu, tiada hikmah yang di terapkan. Hanya omongan kosong di dalam katanya. Teguran seperti ini selalunya tidak memberi kesan malahan menjatuhkan martabat seseorang. Jadinya saksikan ayat pendek tentang nasihat yang hendak ku sampaikan kepada kalian dan diri ini.


Kita boleh menasihati orang lain,

Tetapi ada caranya,

Kena kawal emosi itu,

Jangan biar diri di rasuk anasir jahat,

Jika merasakan diri di rasuk anasir jahat,

Diam kan diri sebentar,

Tenangkan hati,

Baru bercakap kembali.

Berhati hati dlm bercakap,

Takut tersalah cakap,

Sia sia pulak jadinya,



Kata akhir drpd ku:

Lidah itu tajam kan,

Tusukkannya smpai ke hati,

Lukanya tiada terlihat,

Itu sebab kena berhati hati.



Sekian..

Relax tenang.

Bawa bertenang, andai tiada sabar di dalam diri, cuba cakap kepada diri "Bersabarlah wahai hati, ini semua sudah di takdirkan Allah, Allah dan tetapkan begitu, sabarlah wahai hati ku".

Dengan izinNya sabar dan tenang lah hati itu. Ini kerana kita menyuruh diri kita tenang, diri kita bertindak mengikut kata daripada kita. Yang relax tau begitu lah. Sama juga di dalam kes belajar, jika kita sering berkata kepada diri "Aku tak boleh buat benda ni, benda ni terlalu sukar buat aku" memang betul diri kita akan sukar untuk belajar dan buat kerja tu.

Jadinya selalulah kata kepada diri perkara-perkara positive, katanya juga haruslah di dengar di telinga sendiri. InsyaAllah benda positive akan hadir di dalam diri.

Buatlah kalau tak percaya.

Assalamualaikum semua.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!