Tuesday, August 13, 2013

Tiada pandai dan bodoh, kita semua sama.


Sup untuk santapan rohani pelajar, ranggau dan jejawi tua, mouse, laptop, wire, handset, earphone dan banyak lagi lah. Barang-barang ini semua menjadi pembuka bicara ku kali ini dan seterusnya menjadi pendahuluan untuk artikel kali ini.

Assalamu 'alaikum,


Kau ni Bodoh la!

Kenapa kau ni pandai sangat?

Kau ni pandai la, aku tak pandai macam ko,

Maafkan saya, saya memang tak pandai macam dia.

Kalau lah aku boleh jadi pandai macam dia,

Kenapa aku sering gagal dalam exam, bodohnya aku,

Aku ni bodoh la!


Pernah dengar tak sebahagian ungkapan seperti di atas di dunia realiti.

Ada sesetengah manusia sering mengatakan diri mereka tak pandai atau bodoh. Inilah salah satu sifat yang sesangat lah buruk sebab mengecilkan dan menghina diri sendiri.
(Diri itu ciptaan Allah. So, korang menghina siapa sebenarnya??? [selamat berfikir] )


Sedarlah korang, sesungguhnya setiap otak manusia itu sama sahaja. Tiada yang pandai dan bodoh.

Pandai itu hanya terhasil apabila kita berusaha. Manakala bodoh itu terhasil jika kita malas berusaha. Dalam erti kata lain, pandai hanyalah hasil daripada berusaha dan bodoh itu hasil daripada kemalasan.


Begitu juga lah dengan kejayaan, kejayaan tidak akan datang tanpa berusaha.

Sama la juga dalam konteks agama. Untuk mendapatkan cinta Nya, kita perlu melakukan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya.


Berusaha berusaha berusaha berusaha. Inilah kunci kepada segalanya.

Daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan dan kekayaan, dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat di tawar-tawar lagi.
Sayidina Ali


Kesimpulanya, kita semua sama je, yang membezakan kita hanyalah rajin dan malas. Kalau rajin, pandailah kita. Kalau malas, bodoh la kita.


Kata akhir dari ku, jika mahukan sesuatu, berusahalah dan seterusnya bertawakal. Bukan mencaci dan menyalahkan diri sendiri.

Ayuh kita ubah, dari malas ke rajin. Berusahalah wahai insan di luar sana.

Sekian artikel ku kali ini yang di tulis mengikut lintasan-lintasan ayat dari otak ku.

Relax tenang.

Pai..

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!