Thursday, August 15, 2013

Ayuh mencari diri kita dahulu


Salam ku hulur kepada kalian, Assalamu'alaikum....... 

Moga sihat-sihat lah hendaknya. Moga di beri ketenangan hati juga kepada kalian. Moga kita semua di rahmati diri Nya. 

Satu kisah yang terjadi dan membuat kan diri ku memikirkan sesuatu.


Begini kisahnya:-

Hari tu ada terdengar kawan ku berkata kepada si A "Ko buat la apa pun kat dia, dia senyum je. Ko maki dia pun dia senyum je. Ko kutuk dia pun dia senyum je." (Lebih kurang macam tu la dia cakap)

Pernah juga kawan lain bagi si A berkata "Aku suka la perangai ko tu, senyum je bila orang buat kat ko macam-macam." (Lebih kurang macam tu la dia cakap)


Selang beberapa hari, adik si A tu pula berkata kepada si A "Perangai dia macam perangai abang la, tetap senyum walau diri di kutuk."

Selepas itu ayah, kakak dan mak si A pula cakap:- 
Ayah: "Apa abang ko senyum kalau orang kutuk dia, ish2 ko silap orang ni."
Kakak: "Betul la, ko silap orang ni."
Mak: "Bukan dia kut, ko silap orang ni, entah-entah abang ko lagi satu."

Akhirnya si A berkata di dalam hatinya:
Si A: "Hanya aku mengenali siapa diri ku sebenarnya."


Korang dapat keluarkan sesuatu maklumat tak berdasarkan story di atas???

Bagi diri ku la kan, berdasarkan story di atas, dapat bersama kita ketahui, sesungguhnya manusia itu punyai pelbagai perangai yang muncul mengikut pergaulan mereka. 

Macam kes di atas, kawan-kawan si A mengatakan si A tetap senyum andai diri di sakiti. Manakala keluarga si A berkata sebaliknya. 


Di sebabkan perkara ini, relax berpendapat bahawa kita punyai pelbagai personaliti yang hadir mengikut perhubungan, keadaan, keakraban dan sosial. Semua personaliti yang hadir ini pula bukan di buat-buat atau pun hipokrik. Sebaliknya lahir dari diri kita sendiri. Personaliti ini secara tak langsung di bahagi-bahagi oleh diri kita sendiri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Oleh sebab itu, jika mahu mengenali seseorang secara keseluruhannya. Kita perlu lah melihat sifat dia semasa bersosial dengan orang lain dan bukannya semasa dia bersosial dengan kita semata-mata. 

Kita tengok pada kategori kawan, cuba korang bandingkan sifat korang semasa bersama-sama dengan kawan dan family. Bandingkan juga sifat korang semasa bersama dengan kawan rapat dan kawan biasa. Mesti ada beza nya kan.

Ini lah yang di panggil split personality. Semua yang terhasil itu sifat kita sebenarnya. Cuma kita membahagikan sifat itu mengikut persekitaran. Perkara ini di lakukan bertujuan untuk serasikan diri dengan persekitaran.

So, proses mengenali seseorang itu sangatlah lama. Bukannya sehari dua kenal, terus boleh kenal sifat dia macam mana. Mungkin juga korang tak akan benar-benar kenal seseorang melainkan diri nya sendiri dan juga sang pencipta. Itulah sebabnya kita perlu berdoa memohon kepada Nya supaya hadirkan insan yang baik di sisi kita. Kerana Dia lah yang maha mengetahui.


Ketahui juga wahai insan di luar sana, setiap manusia itu punyai rahsianya yang tersendiri yang tidak boleh di ceritakan kepada sesiapa pun melainkan Allah.


Personaliti. Satu benda yang boleh di katakan ghaib dan susah nak di fahami oleh insan biasa seperti kebanyakkan orang kerana lahirnya daripada hati. 

Kadang sesuatu perkara kita perlu lakukan tanpa kerelaan hati, inilah hipokrik namanya. Kadang juga kita lakukan sesuatu perkara di atas kehendak hati, inilah sifat kita. Tanpa dan dengan kerelaan hati hanya di ketahui oleh sang empunya hati. Itu sebablah orang yang betul-betul kenal kita di atas dunia ini ialah diri sendiri yang di dalam nya mengandungi hati.


Peringatan dari ku:
Sesuatu sifat yang baik itu sebenarnya sifat semua manusia di atas muka bumi ini. Dek kerana dunia dan faktor persekitaran sifat baik itu hilang dan seterusnya sifat negatif itu muncul. So, kalau dalam diri korang ada sifat yang negatif, itu sebenarnya bukan sifat korang. Harus di kikis dan di gantikan dengan sifat positive. Ingat tu..

Kesimpulanya, jika melibatkan sesuatu benda yang baik. Korang tak perlu tunggu ikhlas ataupun kerelaan hati untuk melakukannya kerana sifat manusia pada mulanya memang baik pun (di samping itu, jangan lupa juga ikhlaskan hati tu yo). Di sebabkan dunia dan faktor lain menyebabkan sifat baik itu dari hari ke hari terhakis dan seterusnya hilang.

Ayuh bersama-sama kita mencari kembali diri kita dahulu (diri kita yang baik) dengan cara melakukan suruhaNya dan meninggalkan laranganNya. Zikir-zikir dan terus zikir kerana zikirlah makanan bagi hati. Dengan itu barulah diri kita dahulu kembali dan ikhlas dalam melakukan kebaikan.

Ayuh kita ubah...


(Untuk orang biasa-biasa saje)

Sekian karangan ku kali ini.

Tegur laaaaaa manusia ni andai manusia ni silap...

Relax tenang.

Tenang itu harus di cari.

Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!