Monday, August 12, 2013

Resepi Cornflakes bermalo


Hello, hai, salam, assalamualaikum.

Penulisan pertama untuk raya kali ini. Raya 2013.

Kali ni raya berbeza sikit sebab relax ada buat kuih raya sendiri (ramai-ramai buat sebenarnya. hehe). Ok, baiklah, dulu masa duk tempat lama memang ada buat kuih raya pun, tapi tiba-tiba tak buat dah. Tak tau sebab apa. Mungkin sekarang ni orang lebih suka tempah daripada buat sendiri. Zaman betul-betul dah berubah rupanya.

Sebenarnya kalau korang nak tau, benda ni tak rancang pun. Tiba-tiba je dapat pangilan daripada mak saudara ku mengajak mak ku untuk buat kuih bawah ni. So, ke esokkan harinya mak relax pun beli lah barang-barang yang di perlukan.

Sebenarnya kuih di atas sama je macam nak buat cornflakes bermadu (ni la kut namanya). Cuma dia ada tambahan barang sikit iaitu milo. 

Resepi ini di perolehi daripada mak mertua kepada mak saudara ku yang di ajar oleh mak saudara ku kepada mak ku dan di lihat oleh ku. (Pandai-pandai korang pahamkan lah)

Ok, tanpa membuang masa lagi, relax dengan kerjasama kuali, kamera, senduk dan segala lagi perkakas yang terlibat akan mengajar korang cara nak buat kuih cornflakes bermalo (madu + milo=malo).

Bahan-bahannya:
1. Cornflakes 150g
2. Madu 6 sudu besar
3. Butter. 150g
4. Milo 150g
dan barang memasak lain.

Inilah barang-barangnya.

Barang-barang lain


Cara nak buat:-

1. Pastikan segala bahan-bahan mengikut gram yang betul.

Cornflakes 150g

Butter 150g

Perlu timbang milo ni


Milo 150g

2. Panaskan butter tadi (peganti minyak) dengan suhu yang paling kecil.

Butter di panaskan

3. Selepas itu masukkan 6 sudu madu dan kacaukan.

Masukkan madu 2 sudu dan kacau

4. Masukkan milo dan kacau.

Masukkan milo 150g tadi

Kacau milo tadi

5. Masukkan cornflakes dan gaulkan.

Cornflakes di masukkan ke dalam milo tadi


Gaulkan cornflakes tadi sehingga sebati

6. Bila dah nampak macam sebati boleh lah di angkat dan letakkan di dalam bekas. (Jangan lupa tutup api tau.)

Ok nampak macam sebati dah.

Ready untuk di isi di dalam bekas

Bubuh la dalam bekas tu ikut kreativiti korang.

Siap satu dulang.

Lagi satu siap

Dalam pinggan pun dah siap.




Siap-siap.

7. Siap cornflakes bermalo.
Pandangan dekat untuk cornflakes bermalo.


Info 1: Kalau guna kuali lama akan melekat masa nak gaulkan sebab kuali bekas goreng-goreng ikan dan ayam segala bagai kan.

Info 2: Kalau semua bahan 50g, gunakan madu 2 sudu besar.



Sekian tutorial untuk kali ini.

Ok baiklah, 20% je relax buat kuih di atas. hehe...Banyak ambil gambar je. 

Kata akhir dari ku, relax bukan tukang masak dan juga photographer.

J

Pai..

Maaf andai diri ini terkasar bahasa.

Ta'aruf, bertunang, bernikah. 

Weeekkkk...

1 comment:

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!