Tuesday, October 09, 2012

Perbezaan antara kereta dan motor



Semoga anda di bawah rahmat dari Nya.

Persoalan untuk hari ini, apakah perbezaan  antara kereta dan motor?

Sebenarnya banyak perbezaan antara kereta dan motor. Ye memang betul, perbezaan yang ketara dapal di lihat ialah dari segi bentuk; Motor lebih kecil dari kereta, tayar motor dua sahaja jika dibandingkan dengan kereta dan sebagainya.


Bukan pebezaan ini hendak ku katakan sekarang tetapi perbezaan dalaman antara keduanya.

Perbezaan antara motor dan kereta:

1. Di jalan kampung ataupun jalan kecil. 
Motor akan selalunya akan laju daripada kereta. Tak kira la korang pakai kereta apa pun, lancer ke, skyline ke, lambor ke or sewaktu dengannya. Selalunya motor akan menang kat jalan ni.

2. Kelajuan. 
Kelajuan kereta tak sama dengan motor. Ini kerana cc antara motor dan kereta lain. Dalam erti kata lain, 140km/h kereta tak sama dengan 140km/h motor. So, kalau setakat motor bawak 140km/h, memang tak kena saman pun dengan polis. Berbeza dengan kereta, lagi laju korang bawak, keberangkalian nak kena saman lagi tinggi.

3. Kebarangkalian kemalangan untuk kereta lebih banyak dari motor. (Mesti korang terkejut dengan statement ni kan. Silap-silap korang tak boleh terima dengan statement ni.)

Sebagai contoh:

Sebuah kereta tiba-tiba berhenti dihadapan korang, kalau korang naik motor tak payah brek, kona menyenget sudah, jangan risau, korang kecil, percent nak langgar kereta lain kurang. Berbeza dengan kereta, nak kona ke tepi takut kena kereta orang lain pulak, last2 korang pun brek la mengejut dan mengharap tak langgar kereta depan.

Nampak tak perbezaan antara keduanya, motor punyai banyak pilihan untuk mengelak kemalangan berbanding kereta.

4. Momentun ataupun daya lajak kereta dan motor. 
Mengikut hukum fizik, lagi berat dan semakin laju sesuatu kenderaan, semakin tinggi daya lajaknya.

Sebelum 2, relax nak tanya korang sikit:

Antara motor dan kereta, mana lagi laju?
Kereta kan.

Antara kereta dan motor mana lagi berat?
Kereta juga kan.

Berdasarkan persoalan di atas, dapat diketahui disini, kereta lebih laju daya lajaknya dari motor. Bila daya lajak tinggi, kurangnya masa mengelak pada sesuatu halangan, jadi kebarangkalian langgar halangan tinggi. Di sebabkan itu, peratusan kemalangan tinggi.



Bukti kukuh yang mengatakan kereta lagi banyak kemalangan dari motor ialah di dalam surat khabar. Kalau tak percaya cuba tengok. Lagi satu, kalau korang perasan la kan, motor selalunya terlibat dengan kemalangan sebab dilanggar oleh kereta. Makna kata penunggang motor selalu menjadi mangsa korang wahai pembawa kereta.

Tuntasnya kereta lebih banyak percent nak kena saman dan lebih bahaya dari motor.

Secara ringkasnya, kereta lebih bahaya dari motor kerana:
1. Kereta lebih laju dari motor.
2. Kereta besar dan susah nak dikendalikan berbanding motor
dan sebagainya.


Hyphotesis:
Semakin bertambah berat dan laju sesuatu kenderaan, semakin susah nak mengawal kenderaan tersebut.

Jadi, kereta lebih susah dikawal dari motor apabila korang bawa laju. Bayangkanlah kalau ada halangan di depan semasa korang bawa laju (dah la susah nak kawal kenderaan masa ni).

Agak-agak korang la kan apa jadi?

Pikir sendiri wahai pembaca sekalian.



Persoalan tambahan:

Perkara pelik dan menjadi persoalan diri ku di masa ini ialah “kenapa korang wahai pemandu kereta susah sangat nak bagi signal bila nak pergi ke kiri or kanan?”. (Kalau motor relax tak kesah sangat kalau tak bagi signal sebab kecil  senang nak elak.)

Signal korang rosak ke or ada sebab lain??? (pikir sendiri)

Yang paling sayangnya, kereta besar dan mahal tapi signal rosak (maybe). Kesian korangkan, takda duit nak repair. Kesian dan simpati je la dapat ku berikan.

Kata akhir dari ku, tak payah la bawa kereta laju-laju. Bahaya-bahaya. Sayangilah nyawa anda. Kalau anda tak sayang nyawa anda, siapa lagi.

Yang kat atas ni relax compare dengan motor yang cc kecil la. Kalau motor cc besar, memang dah macam kereta dah lajunya. So, keberangkalian motor besar lebih kurang sama dengan kereta je.

Satu tip relax nak bagi kepada korang, kalau betul korang nak bawa laju or memang tak boleh nak bawa slow or korang memang rasa tak best kalau bawa slow or korang rasa skema bila bawa slow or korang rasa hebat bila bawa slow or korang rasakan jalan raya sebagai litar lumba or lain-lain:

1. Doa banyak-banyak masa memandu.
2. Sentiasa ingat pada Allah SWT.
3. Lebihkan berwaspada or berhati-hati.
4. Pastikan otak korang pantas (untuk digunakan pada situasi sebelum or sedang berlaku kemalangan)
5. Mainkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku dan cuba elakkan.

Paling penting sekali, ikutlah peraturan jalan raya.

Sekian, tamat sudah....

Hehe

Cau lu. 


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!