Friday, October 26, 2012

Bila orang berkata dan aku berkata




Bila orang berkata: Orang yang berusia lebih matang dari orang muda dan perempuan lagi cepat matang dari boy.

Aku berkata: Kematangan seseorang bukan terletak pada usia mahupun jenis jantinanya. Tetapi kematangan bergantung pada pengalaman dirinya.


Bila orang berkata: Apabila melakukan kesalahan, korang kata, "biasalah aku tak sempurna."
Aku berkata: Kita memang tak sempurna, tetapi kita kena berusaha ke arah sempurna. So, jangan ulangi kesalahan itu lagi.


Bila orang berkata: Ko belajar buat apa mat, biology dan sebagainya, dunia je semua ni. Bukan dapat ganjaran apa-apa.

Aku berkata: Setiap ganjaran yang diterima bergantung pada niat. Pastikan niat kerana Allah swt. Sedarkah anda ilmu yang di pelajari datangnya dari Allah swt. 

Siapa yang belajar mat, biology dan sebagainya sedang belajar ilmu Allah swt sebenarnya. Ilmu ini kemudianya digunakan untuk kebaikan. Dapat ganjaran di situ kan. Jadi, ilmu ini bukan sahaja melibatkan dunia tetapi juga akhirat.


Bila orang berkata: Aku kaya dan sewaktu dengannya.

Aku berkata: Sedarlah, kau dan aku sebenarnya sama. Hakikatnya kita tak punyai apa-apa. Semua pinjaman semata-mata. 

Nak tanya sikit kat korang, apa kepunyaan korang sebenarnya?

Kalau dah semua pinjaman semata-mata, yang kita nampak pun pinjaman semata-mata dan diri kita pun pinjaman semata-mata.

Jadi, wujudkah kita sebenarnya?


Selamat berfikir.

Penambahan, 

Bila orang berkata: Kau pandai cakap je kan. Buatnya tidak..
Aku berkata: (Cakap depan aku kalau nak tau jawapannya) 

Sekian untuk hari ini.

Smile smile J.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!