Tuesday, October 09, 2012

Cara buat ubi ketuk



Erm sedap sedap sedap (versi upin ipin).

Pernah tak korang makan ubi ketuk or pernah tak korang tengok rupa ubi ketuk.

Ubi ketuk ialah sejenis ubi yang di salut dengan tepung then di goreng. Ala macam goreng pisang la. Kalau nak ikut logik pisang bila di goreng menjadi pisang goreng. Manakala nasi bila digoreng jadi nasi goreng. Jadi, kalau ubi di goreng mesti la nama dia ubi gorengkan. Ini tidak, dinamakan ubi ketuk, Tertanya gak dalam diri kenapa nama dia ubi ketuk.., erm sebab apa yo.

Takpa-takpa tinggal dulu yang di atas, sekarang nak ajar korang cara buat ubi ketuk.

Bahan-bahan:
1. Ubi
2. Tepung yang selalu orang buat goreng pisang tu (nama dia tak silap tepung kuih kut).
3. Kelapa
4. Garam
4. Gula

Cara buat:
1. Lenyek ubi sehingga boleh di gumpalkan.
2. Masukkan kelapa, gula dan garam dalam ubi tadi.
3. Gaulkan campuran tadi sehingga sebati.
4. Gumpalkan ubi tadi mengikut cita rasa anda. Ikut suka nak gumpal bulat-bulat ka or 3 segi, terpulanglah pada kalian yo.



5. Selepas itu bancuh tepung. Bubuh la kunyit sikit dalam tepung tu kalau nak menguningkan tepung tadi.



6. Sekarang gumpalan dan bancuhan tepung dah siap. Jadi sekarang ni salutkan gumpalan tadi dengan tepung dan masak.

7. Siap... Bolehlah dihidangkan dan makan.



Nyum-nyum sseeeddddap.

Makan panas-panas lagi sedap.

Tamat artikel ini.

Pai.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!