Sunday, September 23, 2012

Kenapa aku study kat sini???



1,2,3……………………..

Sekian intro untuk hari ini.

Berbalik kepada yang asal. Ada orang cakap kat relax

 “Apa hal kau tak keluar dari sini, dari dulu sampai sekarang duduk kat sini je. Tak teringin nak keluar ke (merantau) cari pengalaman baru.” (ayat yang keluar lepas diorang tengok relax sambung belajar kat sini)


Ku balas pertanyaan tu dengan “besa la, aku memang nak duduk sini je, nak belajar sini, nak kawin dengan orang sini dan nak keje pun kat sini gak. Tak nak keluar dah” , kata ku secara spontan.


Wahai orang yang berkata begitu kepada ku, korang tak tahu sebenarnya asal usul aku dan di mana asal aku. Ish2 main cakap je. Orang tanya la relax dulu.

Untuk pengetahuan korang, relax berasal dari KL dan hidup kat sana pun dah lama dah. Siap berpindah ke Selangor lak lepas 2.

Setakat nak suruh relax keluar dari sini, then pergi shah alam untuk sambung belajar. Memang relax tak pergi la. Sebab kalau betul relax nak keluar dari sini, bukan shah alam or KL yang relax nak pergi, tetapi negeri lain. Kalau Shah Alam or KL relax dah pernah pergi dah. 


Disebabkan masa isi hari 2 cos yang dipilih Cuma ada dua tempat je, iaitu shah alam dan kat sini. So, relax lebih rela pergi kat sini. Sebab sana memang dah pernah pergi dah. Kalau ada tempat lain, relax dah mintak dah bro.

Sebenarnya tak excited sangat pun nak pergi sana. Kalau negeri lain mungkin relax excited nak pergi. Dengan sesaknya, dengan kos sara hidupnya tinggi memang relax tak pergi la.

Lagi pun, apa ada kat shah alam and KL 2, Cuma ada bangunan-banguanan tinggi, bangunan yang pelik-pelik, asap kereta, bunyi bising, jalan sesak dan banyak lagi la. Lagi pun hari 2 pergi KL bukan ada perubahan yang baik sangat pun kat sana. Makin sesak lagi jalan ada la, bangunan lak semakin banyak. 

Boleh pening kepala rasanya kalau relax duk sana.


Kut mana pun, kalau ada rusuhan ke, or sewaktu dengannya, KL lah tempat pertama yang menjadi mangsa (ini paling bahaya).


Sebenarnya bagi diri ku, kita perlu gunakan segala advantage yang ada. Sebagai contoh kalau tempat belajar ada dekat dengan rumah, baik pergi yang dekat dengan rumah. Buat apa pergi jauh-jauh, guna duit kut. Mak pak dah la orang biasa-biasa je + adik beradik ramai lak. Semua tak keje lagi kut.


Faktor inilah diri ku fikirkan bila nak belajar. Inilah juga sebab kenapa relax sambung study kat sini je. Tak nak study jauh-jauh.

Bukankah penting diri sendiri namanya jika relax nak sambung kat sana atas tujuan nak dapatkan pengalaman baru, dan nak merasa duduk kat sana. Tambah-tambah kalau relax pergi sana menyusahkan relax balik. Nak kena naik bas la nak balik, nak makan pun mahal dan sebagainya. Duit dah la pinjaman, bukan duit sendiri. Kalau habis duit pinjaman nak kutip duit mana cik abang oit, ko nak bagi ke.

Korang cakap la apa pun, kiraan dan analysis sudah di buat. KIraaan membawa ku supaya study di sin je, jangan pergi jauh-jauh. kalau korang nak bagi duit kat relax bila duit relax habis masa ada kat sana, memang takda masalah relax nak keluar dari sini.

Ketahuilah, relax hanya akan merantau or keluar dari penang ni jika duit yang relax ada ialah duit relax or factor-faktor lain yang tak dapat di elakkan. Semuanya bergantung pada takdir dari Nya.


Harap orang yang cakap ayat di atas boleh memahami kenapa relax nak study kat sini je.

Hehe, korang senang la cakap kalau sumber duit korang bukan pinjaman je.


Sekian penjelasan ku untuk ayat diatas.

Selamat ku ucapkan kepada korang sekalian…

Pai….

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!