Friday, September 21, 2012

Cara daftar penerapan UiTM



Cara daftar penerapan uitm pada sep 2012.

Artikel diterbitkan untuk mengelakkan korang yang di panggil manusia jadi macam relax (tak tau nak daftar macam mana, hehe). Bila tanya senior-senior dalam fb, diorang senyap. Cari dalam internet pun tak jumpa macam mana nak daftar.

Untuk pengetahuan semua, pelajar penerapan berbeza dengan pelajar biasa. Ini kerana pelajar penerapan boleh memohon pc (pengecuaian kredit ). Disebabkan itu, mereka boleh skip sem (bagi uitm, u lain tak tau la). Bagi kejuruteraan elektrik, 2 sem boleh di skip daripada 8 sem. Manakala kejuruteraan awam (ijazah di kampus penang) 3 sem boleh di skip daripada 8 sem. Jadi cepat sikit la masa belajar. Apa yang relax tahu dua programe tu je, program lain tak tau.

Selain itu pelajar penerapan juga tidak perlu menjalani orintasi (yang ni paling penting). Di sebabkan pelajar penerapan tidak ada orintasi, pendaftaran mereka lambat sikit dan pendaftaran di buat semasa orang lain ada kelas.

Bagi pelajar penerapan, korang tak payah daftar subjek secara online kerana pada hari yang di nyatakan di dalam surat tawaran ialah hari pendaftaran korang. Dalam erti lain, semua setel pada hari tersebut; nak daftar subjek dan pengecuaian kredit.

Pendaftaran di buat di hal ehwal akademik (hea). Borang-borang yang perlu dibawa ialah borang dalam internet+mini transkrip (untuk pc). Lagi satu relax nak cakap, kalau korang pelajar penerapan, masa hari pendaftaran tak payah bawak xray sebab diorang tak pandang xray 2 pun. Diorang hanya check borang medical check up je.

Jangan jadi macam relax, tertinggal xray terus balik umah semata-mata nak ambil xray. Last2 xray 2 diorang tak ambil pun. Sangat mengecewakan (apa la relax nak buat dengan kertas xray ni agaknya).

Jadi lepas dah setel semua, esok bermulalah kelas.

Maklumat tambahan:

Perkara yang paling memudahkan ialah diorang dah siap buat jadual untuk pelajar penerapan (tak payah nak daftar kelas secara online dah).

Pendaftaran dilakukan pada sep 2012, di uitm penang. Kalau U lain, relax tak tau. Tanya HEA U tersebut kalau nak keterangan lanjut.


Sekian dari ku,
Maxequipment.
Tata.

7 comments:

  1. pakaian kene formal ke masa daftar kolej? bg yg dapat kolej?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. borang untuk pc tu..kena ambil dekat web uitm ke?

    ReplyDelete
  4. tak da la. Macam saya hari tu pihak uitm ada buat satu taklimat untuk budak2 penerapan, lepas tu dia terang la pasal nak buat pc ni bagai. lepas tu dia ada bagi borang pc sekali. kalau pihak uitm tak da buat taklimat, kena tanya pihak akademik la proses dia.

    ReplyDelete
  5. Kalau mini transkrip dlm proses, tapi tarikh daftar penerapan dah dekat , mcmmana ya kalau kita x boleh tunjukkan transkrip kita hati nak daftar kos kita tu.

    ReplyDelete

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!