Salam semua…
Tulis santai sudah la, tak perlu guna ayat novel kut. Asal orang paham dan boleh ambil iktibar sudah.
Agak Korang malas nak baca kisah ni, baca pengajarannya dah la.
Hehehehe….. Smile J
Pada hari khamis yang lalu:
Aku dah sahabat ku pergi ke tempat orang duk berlatih silat. Pergi situ terjumpa pula dengan pelindung badan. Apa lagi aku pujuk lah kawan aku pakai benda 2 lepas tu lawan dengan aku.
Hari sebelum nya:
Dia cakap silat yang dia ada adalah sebaik-baik silat. Aku pulak cakap sebaliknya. Pikir logik. Mana ada silat sebaik-baik silat. semua membawa kepada yang satu. Penciptaannya pun dari yang satu. Start dari kejadian ni aku dah bertekad dalam hati aku, aku akan bagi dia sedar sikit. Hehehehe….
Sambung balik:
Kawan aku tu pun pakai lah pelindung badan tu. Then, aku ajak dia pergi ke tempat yang terpencil sikit. Apa lagi mula lah perlawanan antara aku dengan dia (tak da la sehebat pendekar… hehehe)… Aku dengan berlagaknya menggunakan segala teknik yang aku ada menyerang dia, kawan aku 2 hanya bertahan ja.
lepas aku tengok dia asyik bertahan je, aku pun berhenti dan suruh dia guna silat dia. bila dia dengar je aku cakap cam 2 terus dia guna.
Kawan aku berdiri tegak membuka dadanya berhadapan dengan aku. dalam hati aku tergelak, pehal la mamat ni buat cam ni, lagi senang la aku nak pukul dia. sangkaan aku betul, memang dia kena pukul dan tak dapat nak elak serangan aku.
Lepas 2 dia minta aku stop dan cakap kita lawan lain hari la, seluar aku ni ketat, susah nak gerak. Ok tak da masalah. Aku siap kutuk lagi dia sebab bagi alasan seluar dia ketat. Alasan tak boleh diterima la bro.
Lepas perlawanan:
Aku jumpa dengan veteran silat, then dengan megahnya cerita kat dia pasal kejadian tu siap gelak2 lagi kat kawan aku depan veteran tu (bik kau baru kau tau, bukan senang nak elak serangan orang).
Hari sabtu:
Aku pergi rumah member aku 2 untuk buat project. Siap tidur dekat situ lagi. Ke esokan pagi baru balik rumah. Petang ke esok harinya, tubuh aku tak bermaya,demam, kepala aku pening dan leher aku lebam. Memang time 2 macam-macam bermain di fikiran aku: hospital, kubur, pehal dengan diri aku, tak pe2 dugaan ni.
Malam 2 terus Ko. Pening pala dan kesejukkan, aku pun pelik pehal aku jadi macam ni. Tak pernah seumur hidup aku jadi cam ni.
Ke esokkan harinya:
Badan aku beransur sembuh tetapi lebam di lehar ku masi terasa sakit, veteran silat mengatakan kejadiaan semalam melibatkan seseorang dan boleh jadi orang itu ialah kawan yang aku ajak lawan khamis hari 2. Atas dasar tak puas hati lah dia buat kat ko macam ni. Veteran silat juga mengatakan ada orang nak test ilmu aku tinggi mana dan lebam di leher bukan lebam biasa. Tapi lebam di cekik. Pas 2 diberinya aku air ubat dan di suruh selawat dan minum.
Lagi aku pelik, biar betul ada ilmu boleh test2 ilmu orang ni. mustahil, mungkin leher aku di gigit serangga masa aku tido. Kawan aku tak kan la nak buat macam 2 kat aku. lagi pun umur dia sama aku ja. Mustahil dia ada ilmu test-test ilmu orang ni. Yang paling tak bestnya bila aku rasa sakit je leher aku, aku akan teringat peristiwa malam 2 dan bermain-main dalam minda ku apa penyebab sebenar lebam di leher ku.
Pelik tapi benar:
-Lebam di leher dahulu pas 2 demam, badan tak bermaya,pening.
-Demam hanya waktu petang hingga malam… Pas 2 ok.
Tapi bila aku pikirkan balik, mungkin betul kata veteran 2, sebab aku menyindir dia, bermegah dan angkuh dengan diri sendiri. (Sifat yang tidak patut ada dalam diri seorang hamba yang lemah.)
Apa-apa pun aku tak boleh menuduh sebarang, mungkin ini ujian yang diberi Allah kepada aku. Redha2…..
Aku bersyukur pada mu Ya Allah sebab menyembuhkan demam dan pening ku. Alhamdulilah….
Ya Allah jauhi diri ku ini dari sifat2 yang kau tidak redhai. Amin
Pengajaran
-Sentiasa lah rendah diri dalam sesuatu urusan
-Jangan bermegah-megah
-Hindari dari menyakiti hati oran lain
-Hindari dari memandang rendah terhadap orang lain
Comments
Post a Comment