Saturday, January 28, 2012

Jadi diri sendiri



Salam semua orang yang berkunjung kat blog relax yang tidak seberapa ni… Sudah menjadi tugas ku menyampaikan. Walaupun  tidak lah sepandai ahli ulama, tidak sepandai ahli sufi, tidak sepandai ustad-ustad, tidak sepandai orang-orang yang mengaji agama dan ahli-ahli ilmu yang lain..

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ketahuilah relax sering melakukan kesilapan.. Jadi tergurlah jika apa relax cakap kat bawah ini salah….

Ada terjumpa seseorang yang bercakap dia nak menjadi diri dia sendiri….

Apa ertinya JADI DIRI SENDIRI?
Anda faham tak?

Pernah dengar tak seorang artis Malaysia mengunakan perkataan ini, sehinggakan dia pergi haji tapi balik tak ubah pun penampilan dia. Bila ditanya dia jawab "Tak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri. Sebelum pergi macam ni, balik pun macam ni la"… Lebih kurang macam tu lah ayat dia.

JADI DIRI SENDIRI……….

Apa tu? Pernah fahamkan betul-betul tak apa maksud ayat ni sebenarya.

Relax rasa semua orang tahu, kenapa kita di atas muka bumi ni kan. Kenapa kita perlu ada di atas muka bumi ni. Kita adalah khalifah di atas muka bumi ini. Untuk kita beribadat mendekatkan diri kepada yang Esa. Untuk kita melakukan segala suruhannya dan meningalkan larangannya. Inilah tujuan sebenar kita sebagai manusia yang lemah di sisi Allah. Supaya kita menghambakan diri ke atas Nya.

Bila muncul je kita di atas muka bumi ini, kita telah berpegang kepada satu tujuan iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Nampak tak siapa diri kita sebenar dan apa tujuan kita diciptakan. 

Setelah beberapa lama kita tinggal di dunia ni, kita lupa sapa diri kita, kita lupa tujuan asal kita di atas muka bumi ini. Kita leka dengan dunia ini, kita lupa dengan Allah SWT. Kita lupa tangungjawab kita sebagai khalifah. 

Ok, kita berbalik kepada ayat tadi, JADI DIRI SENDIRI.

Bila kita cakap je, “Saya nak jadi diri saya sendiri.

Sapa diri kita sebenarnya?
Khalifah di muka bumi ini kan.

Apa tugas kita?
Mengabdikan diri kepada Allah SWT kan.

Sudah jelas di sini bahawa jadi diri sendiri ialah menjadi khalifah di muka bumi ini dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Jadi, kepada siapa yang cakap “Saya nak jadi diri saya sendiri” relax expect orang yang cakap tu tahulah apa itu JADI DIRI SENDIRI

Jangan jadi macam artis kita tu k: Menyalah tafsir apa maksud Jadi diri sendiri…

Tuntasnya, jika kita meninggalkan segala suruhan Allah SWT, sebenarnya kita tipu diri kita sendiri. Kita telah lari dari diri kita yang sebenarnya.

Secara amnya begitulah... 

Hehehe 

Nak keterangan lanjut cuba tanya orang yang lebih arif…

K lah cau lu….
:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!