Wednesday, October 19, 2011

What is nano technology?


Tengok tajuk rasanya dah tau kut relax nak cite pasal apa kan... hehehe...Apa itu teknologi nano?

Teknologi nano diperkenalkan buat pertama kalinya oleh ahli fiizk, Richard Feynman pada 29 Disember 1959. Istilah teknologi nano ditakrifkan buat pertama kali oleh Profesor Norio Taniguchi dari Universiti Sains Tokyo pada 1974. Kemudian dikembangkan oleh Dr. Eric Drexler menerusi ucapan dan artikelnya untuk memberi ruang kepada saintis mengkajinya lebih lanjut.

Teknologi nano adalah pembuatan atau penggunaan material pada ukuran yang sangat kecil. Cabang sains yang menumpukan pada jirim2 saiz antara 1 hingga 100 nanometer. Ini bererti saiz nano partikel adalah 50,000 lebih kecil daripada ukuran rambut manusia. Diameter rambut manusia adalah 0.05-0.15mm.

Semakin objek2 menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara permukaan dengan isi padu.

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri2 bahan tersebut boleh berubah dan mombolehkan perkara yang unik dihasilkan. Ubat menjadi lebih efektif dan lebih kuat, makanan boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih berkhasiat-Persatuan Pengguna2 Standard Malaysia

Teknologi nano memungikinkan bahan2 yang legap menjadi lut sinar (tembaga). Bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium), pepejal menjadi cecair pada suhu bilik(emas) dan penebat menjadi konduktor (silikon)-wikipedia

Sumber: Al Islam, September 2011, pg 27, Apa itu teknologi nano?

klah .. cau lu.....
hehehe...
tatata....

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!