Wednesday, October 05, 2011

Emas, berapa karat...




Salam semua, hari ni nak berkongsi sikit pasal satu artikel yang relax baca dalam AL ISLAM SEPTEMBER 2011. Artikel yang bertajuk Besarnya emas, berapa karat?

Ketulenan emas dikira berdasarkan 24k yang mengandungi emas sepenuhnya, kemudian barulah mengikut turutan 22k, 18k, 14k dan 10k.

Emas:-

24k
100% emas, warnanya menarik dan amat lembut. Warna emas akan berubah. Semakin pudar apabila ditambah dengan logam lain seperti aloi untuk menjadikanya keras. Emas 99.99% (24k) jarang digunakan untuk membuat barang kemas kerana ia terlalu lembut dan mahal. Emas inilah yang biasanya digunakan di dalam kosmetik, dicampurkan di dalam makanan dan perubatan.

22K
Adalah emas yang dicampurkan dengan 8.4% aloi yang menjadikannya 91.6% emas (22k) dan emas inilah yang kebanyakannya digunakan sebagai barang kemas wanita di Malaysia. Ini bermaksud 22 bahagian emas dicampurkan dengan logam lain seperti perak atau tembaga. Emas 22k menjadi pilihan kebanyakan orang Asia.

18k
 Mengandungi 18 bahagian emas dan enam bahagian logam lain yang menjadikannya 75% ketulenannya. Warnanya masih lagi kuning malah lebih tahan lasak dan kukuh berbanding emas 24k. Kebanyakan tukang emas lebih senang bekerja dengan emas 18k kerana mudah dibentuk, kukuh dan menghasilkan barang kemas yang kelihatan mewah untuk digabungkan dengan batu permata. Emas 18k menjadi kesukaan kebanyakan orang Eropah.

14k
 Hanya mengandungi 58% saja emas dan selebihnya adalah logam lain atau 580 bahagian per 1000. Emas 14k seimbang tidak terlalu keras dan tidak juga lembut, tetap bersinar dan mampu dimiliki. Orang Amerika lebih suka emas 14k kerana ia nampak lebih cantik dan mewah apabila digabungkan dengan batu permata.

10k
 Emas yang paling rendah ketulenannya yang boleh dinamakan emas. Kerajaan Amerika Syarikat meletakan 10k adalah ukuran paling rendah campuran dengan logam asing dan masih boleh dipanggil emas.

Rujukan
AL ISLAM SEPTEMBER 2011, PG 26, Besarnya emas, berapa karat?

Tahukah anda.
Harga emas semakin meningkat dari hari ke hari manakala harga duit semakin menurun dari semasa ke semasa. Tuntasnya, .............................................(anda fikir sendiri)

Hehe pai2....

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!