Selamat hari raya maaf zahir dan batin relax ucapkan kepada diri sendiri, dan pembaca yang terbaca blog relax. Sedar xsedar kita dah nak raya dah kan. Sekejap ja masa 2 berlalu. Salah satu tanda2 nak kiamat. Adakah kita sedar yang kita ni berada di akhir zaman. Kalau anda x sedar 2 sedar2 kan lah. Persiapkan lah diri anda sekelian untuk menghadapi hari akhirat. Relax bukan lah baik sangat nak nasihat orang ni. Tp relax bercakap ni untuk diri sendiri dan saudara2 relax sekelian.
Adakah kita memanfaatkan bulan ramadhan. Apa yang kita buat masa bulan ramadhan. Kalau kita mendekatkan diri kepada Allah SWT masa bulan Ramadhan ni memang Alhamdulillah sangat.
Adakah kita benar2 puasa di bulan Ramadhan ini. tahukah kita bahawa puasa itu bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. tetapi maksud puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. perkara2 yang membatalkan puasa ialah:-
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga
3. Berjimak
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja
5. Kedatangan haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam sepanjang hari
8. Murtad
9. Muntah dengan sengaja
10. Mabuk sepanjang hari
Pe2 pun persoalannya adakah orang yang sengaja x berpuasa layak untuk menyambut hari raya. Errrrmm......Sama2lah kita fikirkan ya.
Wallahualam........
Tenangkanlah diri anda.....
hehehe....minta maaf ye kalau penulisan ini tidak memuaskan hati korang2 sekalian maklumlah relax bukanlah seorang penulis....
cau cau lu.........
Comments
Post a Comment