Tuesday, September 29, 2015

Kisah taufiq dan hidayah


Percintaan antara taufiq dan hidayah,
Sungguh memeritkan,
Ada sahaja yang menghalang,
Tidak bersatu mereka berdua,
Punah lah satu harapan,
Asal bersama,
Kembali terpisah,
Mereka mencari antara satu sama lain,
Cuba bersatu kembali,
Di halang dan terus di halang,
Sampai bila,
Tidak pula ku tahu,
Yang ku tahu,
Hidayah akan terus mencari taufiq,
Taufiq akan terus mencari hidayah,
Kerana mereka saling memerlukan,
Antara satu sama lain,
Ku mendoakan bertemulah kalian,
Bersatu menjadi satu,
Terjalin tanpa perpisahan,
Semoga di perkenan kan.

Sekian bait-bait ayat daripada relax, kita baca pula artikel di bawah:-


Selalu dan sering kali kita mendengar orang kata di dalam doanya "Ya Allah, berikanlah aku taufiq dan hidayah."

Tahukah anda apa itu taufiq dan apa itu hidayah???

Adakah sama taufiq dan hidayah itu???

Bagi diri relax,

Taufiq itu satu kekuatan. Manakala hidayah itu satu petunjuk.

Taufiq perlu ada untuk melaksanakn satu hidayah. Jika tidak, hidayah akan terus menjadi hidayah tanpa satu perubahan.

Perubahan akan berlaku jika kita punyai taufiq dan hidayah.

Fahamkah kalian apa yang relax ingin sampaikan????


Sebagai contoh, terdetik di hati mahu menutup aurat dengan sempurna. Ini di panggil hidayah. Kekuatan kita mengikut apa yang terdetik di hati itu di panggil taufiq.

Secara senangnya begitulah.

Harap korang faham la apa yang relax nak sampaikan.

Tata..

Tegur ku andai ku salah.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!