Wednesday, March 05, 2014

Wasiat khalifah Umar al-Khattab



Wasiat khalifah Umar al-Khattab sebelum beliau meninggal dunia.

  • Jika engkau ingin mencela atau mencaci seseorang, cacilah dirimu, kerana cela mu lebih banyak daripadanya.
  • Bila engkau ingin memusuhi seseorang, maka musuhilah perut mu dahulu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya buatmu selain perut.
  • Bila engkau mahu memuji seseorang, pujilah Allah, kerana tiada seorang manusia pun banyak memberi kepadamu, dan lebih lembut dan bersantun selain Allah. 
  • Jika engaku ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia, kerana apabila engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji. 
  • Bila engkau bersiap-siap untuk melakukan sesuatu, maka bersiaplah untuk mati, kerana jika engkau tidak membuat persiapan, engkau akan menderita, rugi dan menyesal.
  • Bila engkau mahu menuntut sesuatu ilmu, maka tuntutlah ilmu akhirat, kerana engkau tidak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.




Tuntasnya, hindari daripada mencela orang lain, jaga pemakanan kita, sentiasa lah memuji Allah, jangan kejar dunia sangat, persiapkan diri untuk mati dan tuntutlah ilmu akhirat.

Itu lah kesimpulanya yang relax dapat buat.

Ingat ye saudara saudari sekalian.

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!