Friday, March 07, 2014

Hidup ini satu perjuangan


Hai, relax harap kita sentiasa teguh di jalan redhaNya. Biarlah kita hanya berseorangan di jalan ini, andai benar jalan tersebut teruskan laluinya kerana Dia bersama dengan orang-orang yang benar. Biarlah kita pelik di mata mereka, pelik kita itu mencari redhaNya. Kita pelik kerana jalan kita berbeza dengan mereka. 

Ketahuilah wahai saudara saudari sekalian, jalan ke sesuatu kebahagian memang begitu. Tidak ramai yang ingin laluinya kerana penuh dengan onak duri. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh laluinya. 

Yang sukar itu indah akhirnya, 
Itulah jalan ini. 
Teruskan laluinya, 
Jangan berpatah balik. 
Senyum dan tenang, 
Laluinya dengan keteguhan hati, 
Tak lerai di gertak, 
Tak lerai di herdik, 
Teguh di atas prinsip yang satu. 
Aku memilih Dia, 
Aku harus lalui jalan ini.

Sekian intro post kali ni,


Termenung sendirian,

Menghitung bintang di kegelapan malam

Mengharap bintang sentiasa ada,

Untuk menyinari kegelapan,

Tanpa bintang,

Hilang sinar,

Hilanglah keindahan malam,

Gelap dan terus gelaplah malam,

Harus di cari kembali benda yang hilang,

Mencari bintang hiasi malam.



Yang tersurat nampak di mata, yang tersirat nampak di hati. Pandang lah dengan mata hati, di situ lah kebenaran.

Teguh hati, teguh iman, selamat berjuang insan bergelar hamba.

Sekian dari ku,

RELAX.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!