Sunday, January 19, 2014

Cuba fahami makna ayat ini dan renungkan


Sentiasa di bawah rahmatNya korang sekalian.

Satu perbualan yang membuat diri ku merenung dan seterusnya menafsir apakah maksud nya. Sampai sekarang relax memikirkan (hehe... Ye la tu relax). 

C: Saya di sini... Tidak ke mana... Menjadi pemerhati...

A: Ooh ada. Ingatkan dah hilang, Haha,

D: Orang memerhati, tapi ada yang sentiasa di perhati dan setia menjadi pemerhati.

B: Amboi ayat Kak! Hahahaha... Terror berkata-kata.

C: Peace.

D: Dalam maknanya.. Cuba renungkan.


Begitulah ceritanya.

Persoalanya sekarang?????? Apakah maknanya ayat di bawah?
"Orang memerhati, tapi ada yang sentiasa di perhati dan setia menjadi pemerhati."

Terlalu banyak maksudnya bergantung kepada situasi seseorang. Tiada maksud specific dan hanya si D yang tahu apa yang sebenarnya yang dia maksudkan. Si D menulis kerana dia melihat kepada diri dia lalu di keluarkan untuk memperlihatkan apa yang dia rasa. 

Kita yang di luar ini tidak mengerti apa yang di dalam si D. Di sebabkan itu, kita melihat ayat di atas dan menafsir mengikut apa yang kita tahu tentang diri si D dan mengikut diri kita. Itu lah manusia, tidak mengetahui yang tersembunyi, terbatasnya diri kita tetapi Dia maha mengetahui.

Tuntasnya, kita menafsir mengikut apa yang ada dalam diri kita sekarang dan bagai mana seseorang itu melihat kepada sesuatu perkara. Itulah sebabnya kalau kita tanya pendapat orang tentang ayat di atas, mesti banyak pendapat yang akan keluar dan pendapat tersebut boleh jadi berlainan antara satu sama lain. 

Ini lah situasi yang terjadi zaman sekarang. 



Ok lah tak mau gaduh-gaduh. Kita bawa berbincang.

Relax tenang aja.

Keselamatan bersama.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!