Tuesday, October 08, 2013

Kem semut 2, Lawatan Industri Terengganu dan Ekspedisi Gunung Nuang


Assalamualaikum ku hulur kepada pembaca blog ku. Mesti korang tertunggu-tunggu kan post yang akan datang. Mesti korang juga tertanya-tanya kenapa bulan 9 hari tu relax diam je dan tidak update blog ni.

Usah gusar, usah sedih usah biarkan diri anda di selubungi dengan persoalan. Hari ni relax akan memberi tahu kenapa relax tak update blog ni. 

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya jari relax ni gatal juga nak update blog ni. Tetapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk, (ye la tu, apa-apa je la).

Sibuk sebab kena handle program yang mempunyai jarak dekat-dekat. 20/9/2013 until 22/9/2013 ada program kem semut 2. Relax di tugaskan sebagai PIC untuk program Night Walk. Program yang di lakukan di Sungai Chiling dan Gunung Kutu. Program yang sesangatlah terbaik dan perlbagai pengisian boleh di dapati daripada program ini. Di waktu ini perlaksanaan ini jugalah U ku menjadi rumah kedua ku. 

Seminggu selepas itu iaitu 30/9/2013 until 3/10/2013 ada Lawatan Industri ke Terengganu.  Seminggu itu juga lah relax perlu bersiap sedia untuk program seterusnya iaitu Ekspedisi Gunung Nuang, hulu langat selangor yang di adakan pada 4/10/2013 until 6/10/2013. 

Setiap program mempunyai pengalam nya yang tersendiri. Hehe.. Pengalaman yang sesangatah menarik dan akan di kenang sepanjang hayat ku. Selain itu, pelbagai ilmu dan juga pengajaran yang ku dapat untuk setiap Program. Segala puji bagi Mu.

Sekian pemberitahuan ku tentang apa yang berlaku sepanjang bulan 9 ini sehingga mengakibatkan post ku untuk bulan 9 hanya lah 2. Eeerrrrmm sedih nye. Jangan risau lepas ni post dalam blog ni akan di banyakkan kembali. Hehehe...

Klik di bawah untuk pergi ke program-program yang berlaku sepanjang bulan 9 dan awal bulan 10.

20/9/2013 until 22/9/2013: Kem semut 2

30/9/2013 until 3/10/2013: Lawatan Industri ke MSET dan TNB Terengganu.

4/10/2013 until 6/10/2013: Ekspedisi Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

Klik la di atas kalau nak tau lebih lanjut apa yang berlaku di program tersebut. Hehe..

Jangan marah-marah ye..

Relax-relax saje..

I Love You.

Krik-krik...

Tiba-tiba je..

Pai..

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!