Friday, May 03, 2013

Cinta itu masih ku ingati



Sudah lama rasanya tidak ku membuat ayat-ayat sedih dan cintan cintun ni. Malam ni terasa nak buat la pulak. Alamak alamak alamak, jiwang dah datang dalam diri ku.


Diam ku bukan bermakna ku tak ambil berat,

Bukan ku mahu putus kan hubungan kita,

Tahukah kau,

Kau sentiasa di ingatan ku,

Sering ku ingat diri mu,

Sering kali juga rindu itu datang,

Tapi apa kan daya,

Ku tiada upaya untuk mengungkapkan kata rindu,

Saat ku jumpa diri mu,

Lidah ku kelu untuk berkata,

Tidak mampu ku ungkapkan kata sayang pada mu,

Ku hanya mampu melukakan diri mu,

Aku tak tahu kenapa,

Saat mengungkap kata benar,

Ku tak mampu berkata-kata,

Saat mengungkap kata palsu,

Lidah ku lancar berkata-kata,

Maaf kan diri ini sayang ku,

Kerana melukakan hati mu,

Jangan lah kau pergi meninggalkan diri ku,

Kembali lah kau dalam diri ku,

Saat indah kita bersama sering ku ingati,

Terlalu banyak kenangan antara kita,

Tidak mampu ku lupakan semua itu,

Cinta ini ingin ku lupa,

Tetapi tidak berdaya,

Dalam tak berdaya ku teguhkan hati,

Ku cuba menahan perasaan ini,

Aku tak mahu kerananya aku ingkar pada sang pencipta,

Itulah lumrah bercinta,

Ada kala gembira,

Ada kala sedih,

Redhalah pada segala takdirnya…





Wahai insan putus cinta di luar sana,

Ku seru kalian supaya berbalik pada pencipta,

Teguhkan hati,

Perbetulkan kembali hati kalian,

Cinta datang dan pergi,

Itulah cinta manusia,

Cintai lah Al Haq,

Diri mu akan gembira selalu,

Kerana Dialah segala-galanya,

KepadaNya kita datang,

KepadaNya kita kembali,

Dia lah yang satu,

Cinta pertama hatiku,

Akan ku kekalkan cinta ini,

Kerana ku tahu,

Tanpa Dia,

Siapalah aku,

Aku lah hamba,

Hamba pada Al Haq,

Tunjuki aku jalan yang benar,

Hindari diri ku dari sesat..

Kau lah yang satu,

Tiada akhirnya…



Kepada kawan ku yang baru berputus cinta. Ingatlah pesan ku di atas. Moga korang menjumpai insan lain yang lebih baik dan setia kepada diri korang. Di saat itu, moga cinta korang bekekalan sepanjang hayat. Akhir sekali, jangan bercinta lama-lama yo, kawin la cepat-cepat sikit.

Takda la jiwang sangat sebenarnya, sebab relax ni bukan mat jiwang sangat... Hehe...

:)


Tajuk lain untuk post kali ni:

Kata jiwang untuk hari ini.
Dia di hati ku.
Saat indah kita bersama

Sekian dari ku,

Yang benar,
Relax....



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!