Saturday, May 11, 2013

Bersama kita tegur menegur.




Salam dan selamat ku ucapkan kepada anda sekalian. Tiba-tiba idea datang nak tulis ayat-ayat di bawah. Tiba-tiba je, tiba-tiba je.... (ok baiklah, dah habis tiba-tiba. Kita tengok lah ayat tiba-tiba di bawah).


Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu benda yang baik.

Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu kebenaran.

Pelbagai tohmahan akan di hadapi.

Pelbagai tuduhan akan di lemparkan.

Inilah perjuangan,

Perjuangan dalam menyampaikan.

Kesan tuduhan itu masih terkesan di hatiku.

Bukan mudah untuk ku menghilangkan.

Sedih di rasai apabila terkena sedemikian rupa.

Bukan salah dia,

Salah aku kerana cara penyampai yang tak betul.

Harus ku jadikan pengajaran.

Harus ku hindari dari terus melakukan.

Kalau diam,

Di kata tidak punyai pegangan.

Kalau menegur,

Di kata nya macam-macam.

Ye aku sedar,

Memang aku bukan baik,

Sering juga melakukan kebatilan,

Kalau dah begitu,

Ayuh bersamalah kita perbaiki diri,

Aku salah kau tegur,

Kau salah aku tegur,

Kita saling tegur-menegur.

Yang salah bersama membetulkan,

Bukan membenci,

Bukan bermusuhan,

Bukan bermasam muka,

Bukan mendiamkan diri,

Semua di atas tidak akan menyelesaikan masalah,

Aku akui,

Sebagai insan biasa,

Kadang susah juga untuk menerima teguran seseorang,

Tetapi aku tiada pilihan lain,

Teguran itu harus ku ambil dan pertimbangkan,

Muhasabah kembali perlakuan ku,

Moga kita di bawah rahmatnya,

Moga kita sering diberi petunjuk daripada Nya,

Mudah-mudahan.



Sekian kata-kata dari ku,

Yang benar,

Relax = tenang.

Pai..

J

Moga kita umat Islam bersatu kembali. Katakan tidak pada pepecahan.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!