Thursday, September 29, 2011

Cekalkan hatimu




   Hai2 bertemu kita kembali didalam rancangan ku kuat ari ni, hehehe. Ari ni nak cakap macam mana nak jadi kuat. Macam mana ye nak jadi kuat. Jom fikir sama2. Relaaaax lu. Bukan kuat badan. Tapi kuat hati. Kuat hati bermaksud kuat nya hati seseorang itu menempuh segala dugaan yang melanda dirinya. Dalam erti kata lain kuat hati juga dikenali sebagai cekal hati. Saje je guna istilah kuat hati sebenarnya nak cite sikit pasal cekal hati.

   Cekal hati boleh diwujudkan apabila seseorang mampu menempuh segala dugaan yang melanda dirinya . jika seseorang itu mampu untuk menempuh segala dugaan yang melanda dirinya, relax pasti hatinya akan cekal. Salah satu cara untuk mewujudkan hati yang cekal ialah banyak bersabar. 

  Sebagai orang islam sabar itu penting bagi diri kita. Lagi satu untuk pengetahuan semua sabar itu tidak ada limit (bagi relax la, xtau la kalau korang). Relax cakap macam 2 sebab jika seseorang telah menetapkan limit diatas kesabarannya itu bermaksud dia telah menetapkan limit terhadap keimanannya. Cuba korang renung2kan lah apa kaitan sabar dengan keimanan. Kita ambil contoh nabi yang terdahulu la macam mana. Mereka tetap sabar walaupun mereka dicaci dan di cela terhadap agama yang dibawa mereka.


يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya. [Ali Imran: 200]

  Sifat sabar digalakkan dalam Islam. Kita x boleh marah kerana marah itu sifat yang tidak digalakkan dalam Islam. Ini kerana sifat marah boleh menimbulkan keburukan dan pemusuhan. Tetapi korang kena ingat marah 2 ada juga kebaikan dia. Senang cite marah 2 biar bertempat, bukanlah mengikut hawa nafsu dan perasaan.

Jadi, cekal kan lah hati korang dalam menempuh segala dugaan dan selalulah bersabar. 

Peringatan!!!!
Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan hasutan syaitan. 

(Tolong tegur relax kalau ada sesuatu dalam artikel yang relax tulis salah, jangan biarkan relax terus salah, harap maklum.. )

Relax2.... selalu...
papai...
wallahu a'lam......


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!