Skip to main content

Resepi atau tips lajukan motor Yamaha Y15 korang


Siapa yang tak tahu tentang Y15. Motor kesukaan ramai untuk golongan muda dan pertengahan. 

Standard dan laju pilih ja mana korang nak.Nak laju labur sikit, tukar itu ini. Confirm laju. Tahan atau tak itu korang punya pasai. Asal laju sudah.


Rosak atau tak itu belakang kira. Haha. 


Di sini relax bagi resepi nak lajukan motor Y15 korang. Jom kita tengok bawah ni.


Untuk enjin standard sprocketnya adalah seperti berikut:

F14 R42 pada ratio 3.00


2 cara korang kena pilih. Korang nak top speed atau pick up. Korang tak boleh dapat keduanya ya. 


Untuk top speed anda haruslah menurunkan ratio dan jika mahukan pick up korang kenalah naikkan rationya.


Hipotesisnya macam ni semakin rendah ratio semakin bertambah top speed korang.


Setting spoket untuk top speed lebih adalah seperti di bawah:


1) F14 R41 Ratio 2.93

2) F15 R43 Ratio 2.87

3) F14 R40 Ratio 2.86

4) F15 R42 Ratio 2.80

5) F14 R39 Ratio 2.79

6) F15 R41 Ratio 2.73

7) F14 R38 Ratio 2.71

8) F15 R40 Ratio 2.67

9) F14 R37 Ratio 2.64

10) F15 R39 Ratio 2.60

11) F14 R36 Ratio 2.57

12) F15 R38 Ratio 2.53

13) F14 R35 Ratio 2.50

14) F15 R37 Ratio 2.47


Kena ingat juga, bila korang tukar je spoket bukan terus laju ya. Bergantung juga pada:


1. Keupayaan Enjin adalah standard atau dah modified

2. Berat badan pemandu berapa kilogram

3. Cara pemanduan anda macam mana, adakah secara santai, tunduk, fly atau sebagainya.

4. Size tayar dan rim juga memainkan peranan sama ada besar atau kecil.


Banyak Ekzos yang mempunyai cutting standart Y15 dekat pasaran. Di antaranya ialah:

1.UMA

2.CJ Ipoh

3.YY Pang


Ekzos ini mempunyai diameter manifold ekzos yang lebih besar.


Ada juga ekzos racing lain yang mempunyai diameter yang besar tapi bunyi bising. Bila bunyi bising korang faham la kan. Polis dan JPJ mesti kacau punya.


Selain daripada semua yang di atas, ECU juga berperanan penting untuk membuang cut off motor korang ke RPM yang lebih tinggi.


Bawah ni relax sertakan sekali antara bahagian-bahagian motor untuk lajukan motor yang ada di pasaran:-

a) ECU Y15 ialah:

1.Apitech

2.TuneBoss

3.Uma RC

4.Juken

dan sebagainya.


b) Block racing untuk Y15 yang ada di pasaran pula dan available boleh refer saiz di bawah:

1. 60mm

2. 62mm

3. 63mm

4. 65mm

5. 66mm

6. 68mm

dan sebagainya.


c) Head racing yang ada untuk Y15 size valvenya:

1. 19 22

2. 20 23

3. 25 22

dan lain-lain.


d) TB Throttle body yang ada dipasaran untuk Y15:

1. UMA 32mm / Mikuni 32mm

2. UMA 34mm


e) Injector yang ada di pasaran untuk Y15:

1. 140cc

2. 160cc

3. 180cc

4. 200cc


f) Hyperclutch yang ada pula di pasaran ialah:

1. 5 spring

2. 6 spring


g) Connecting rod yang available untuk Y15:-

1.100mm standard

2.103mm

dan banyak lagi.


Note untuk korang, lepas dah modify semua pergilah hantar dyno balik. Cek balik system motor tu ok tau pun tidak.


Sekian daripada relax. Ini pendapat relax jela ya. 


Terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air