Friday, January 26, 2018

Aku tumbuk orang marketing


Hari ni tak nak cakap banyak, relax nak post lagi tentang seseorang yang meminta relax post luahan dia dalam blog relax. Korang pun kalau ada luahan apa-apa yang nak di ceritakan email lah kepada relax atau pun post di ruangan komen dia bawah. Mana la tau, korang punya cerita relax post dalam blog relax ka. 

..............................................................

Tajuk macam gempak. Tapi tak gempak mana pun. Cumanya aku tumbuk bukan menggunakan tangan tetapi mengunakan kata-kata sahaja. Gila la kalau aku guna tangan, aku tak kerja sini dah rasanya. Ala kepada yang susah nak faham tu, bahasa mudahnya aku marah orang marketing.

Aku marah sebab dia suruh buat kerja dia. Makna kata kerja yang selama ni aku tak pernah buat, dia suruh aku buat. Dia suruh buat kerja dia pula guna orang yang berpengaruh. Orang berpengaruh tula yang suruh aku buat. Pada mulanya aku tak kesah sangat sebab kerja dia senang je kut. Tapi bila aku tanya perangai dia ni dekat orang lain, orang lain bagi tahu perangai dia macam ni, macam tu lah. Memang bagi aku point untuk marah budak ni la.

Tak marah banyak pun, aku cuma tinggi suara dekat dia ja. Lepas tu bebal-bebal dekat dia. Untuk pengetahuan korang juga, aku ni sorang yang boleh di katakan susuah juga la nak marah. Tapi hari kejadian dia suruh aku gantung banner dia, aku dah buat, tapi dia kata silap gantung pula. Dia suruh aku gantung banner yang lain pula pada ke esokkan harinya. 

Dia suruh aku gantung banner tu dia gunakan orang yang berpengaruh pula. Masa tu pula aku duk buat kerja yang boleh di katakan berat juga la. Aku tengah set up katil untuk orang baru yang akan masuk di hostel. Banyak pula katilnya. Bukan set up katil je. tapi aku juga duk gantung kipas dinding tu. Kalau sedikit tak pa. Ni 10 bilik aku kena set up katil dan kipas. Dia pula duk push aku suruh gantung banner dia.

Memang angin la aku, aku datang jumpa dia, dia duk buat gaya berlagak pula. Nah keluar daripada office, memang aku marah dia la. Bebal sampai dia tak boleh nak kata apa. 

Tapi satu je aku nak cakap dekat korang, aku nya bebal tu, dia boleh relax ja, makna kata tak naik angin pun. Dia balas balik apa yang aku cakap pun relax ja dia. Macam robot yang tak ada perasaan. Dia seorang cina. Waktu ni dalam bebal aku tu, aku respect dia sebab dia boleh relax bila kena marah. Kalau aku ka, boleh tahan panas juga la. Tapi dia ni relax ja.

Apa pun sekarang ni aku tengah kaji perangai dia, apa la yang dia buat boleh relax sampai macam tu. Perangai yang ok bagi aku ialah perangai macam dia. Relax sahaja bila kena marah. 

Aku cerita dekat korang semua ni sebab aku nak korang ambil contoh mamat marketing ni. Yang boleh relax ja bila orang marah dia ni.

Sifat macam ni bagi aku ok, kita api dia air. So keadaan terkawal. Gempak siut mamat marketing ni. Serius aku nak belajar dengan dia ni cara dia handle orang panas.

Relax n cool wei.

Respect U Bro...

Sorry Bro... Gua panas hari tersebut.

.................................................

Sekain luahan daripada mamat tersebut.

Komen relax cuma satu, Jangan biarkan kemarahan menguasai dir anda.

Peace yoo..

Relax tenang aja.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!