Saturday, August 22, 2015

Berbicara kembali tentang cinta


Berbicara soal cinta.

Tentu sakit andai di sakiti.

Ditinggal oleh yang di cintai.

Tentu punah hati.

Punah juga andai cinta itu ditolak.

Ku melihat sekeliling ku.

Banyak juga kecewa kerana cinta.

Tiba tiba takut hadir dalam diri.

Takut pula ingin bercinta.

Takut di sakiti.

Takut juga di tinggalkan.

Tentu sakit tak terperi.

Luka dalam sukar dilihat.

Mungkin kena berhati hati.

Dengan cinta sebelum kahwin.

Mudah mudahan berhati hatilah kita sekalian.

Ok habis dah bab tulisan pendek. Meh sini relax nak terangkan sikit perbezaan antara cinta sebelum dan sesudah kahwin.

Cinta belum kahwin

Cuba bayangkan korang suruh awek korang buat sesuatu. Lalu awek korang tak nak buat. Lepas tu korang marah awek korang. Korang sedar tak, awek korang sebenarnya tak wajib pun ikut perintah korang. Tak dapat dosa pun kalau awek korang tak ikut perintah korang. Nak tahu tak kenapa? Sebab korang bukan suami dia. Sedar tak korang. Hehe. Dalam erti kata lain korang tak ada hak sepenuhnya lagi terhadap awek korang. Berbeza lepas kahwin.

Cinta lepas kahwin

Cerita cinta lepas kahwin pula. Berbeza dengan sebelum kahwin. Apabila korang dah berkahwin. Korang ada hak sepenuhnya terhadap awek korang. Sebab awek korang dah jadi bini korang. Korang suruh la awek korang buat apa pun. Dia wajib ikut selagi perintah korang tidak langgar hukum Islam. Tetapi berhati perut la sikit wahai suami, jangan duk suruh itu dan ini. Perempuan tu bini korang. Hehe.

Oklah relax hanya terbuka minda untuk menulis tentang lelaki. Kalau perempuan tak terbuka lagi minda. Nanti bila dah terbuka relax tulis ya.

So, tuntasnya relax dapat simpulkan.
Sebelum berkahwin, korang buat relax ja. Tenang tenang aja. Jangan duk suruh itu dan ini berlagak menjadi suami padahal hakikatnya belum lagi.

Tetapi korang kena ingat juga suruhan di dalam islam yang menyuruh kita orang Islam ini mencegah jika melihat perkara mungkar. So, korang buat yang ni je. Iaitu menasihat mana perlu kepada orang lain.

Sekian daripada relax,

Tegur ku andai ku salah.

Oohhh lupa satu perkara. Terima kasih kepada orang tu sebab tegur relax. Sentap gak. Dengan izin Allah akan ku cuba pelbaiki diri dengan teguran tersebut. Terima kasih ye. Senyum sikit.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!