Wednesday, August 27, 2014

Jalan ke Ilahi


Jalan ke Ilahi,

Sukar ku terangkan bagaimana jalannya,

Hanya orang yang betul-betul mahukan Ilahi merasainya,

Perbagai rintangan harus di tempuhi,

Halangannya bukan mudah,

Pelbagai tipu muslihat,

Dunia ooh dunia,

Penuh tipu muslihat,

Kadang hutan belukar,

Luka dan terus luka diri,

Harus mencari ubat luka itu,

Kadang lautan yang tiada sempadan,

Lemas dan terus lemas,

Terkapai kapai mencari penyelamat,

Tenggelam dan terus tenggelam,

Tiada yang membantu,

Melainkan diri itu,

Kuatkan badan,

Kayuh berenang timbul kembali,

Berendang mencari sempadan,

Aaaahhh,

Itu mudah,

Bagi yang tetap hatinya,

Kekuatan terhasil,

Daripada Dia yang Esa,

Haha…

Kini ku ketawa panjang,

Jalan itu sudah ku temui,

Akan ku tempuh dan terus tempuh,

Segala muslihat ku tempis,

Kuda tungangan kejahatan,

Ku tempis segala-galanya.

Dengan kalimah Zat,

Ku halau mereka semua,

Semoga kuat diri ku ini.



Bicara kita sebagai seorang hamba iaitu di cipta bukan pencipta:

Jodoh ooh jodoh,
Di tetap ia sejak izali,
Tidak mungkin boleh di ubah,
Walau tidak jawapannya kini,
Andai sudah di catit di sana,
Tiada dapat mempersoalkan,
Bersatu jua akhirnya.

Sekian dari ku,
Bicara ku daripada seorang hamba.

Relax tenang



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!