Thursday, May 29, 2014

Andai tiada lagi diri ku di sisi



Assalamualaikum, semoga sentiasa di bawah rahmatNya saudara saudari sekalian.

Ingin ku bawa kalian menjelajahi peristiwa yang pasti berlaku. Tetapi tidak tahu bila. Segala-galanya di bawah rahsia diri Nya. Cuba bayangkan, saat orang yang di kasihi meninggalkan kita selama-lamanya. Ibu, ayah, abang, kakak, kawan baik, kawan rapat, insan yang di kasihi dan segala lagi orang yang kita kenal. Bagaimanakah perasaan kita saat mereka sudah tiada di sisi. Kita sudah tiada tempat bergantung, kita terhuyung hayang mencari pengganti mereka. Tentu sedih, sebak bertapa seksanya perasaan kita saat itu. 

Pernah terfikir kah kalian????


Andai tiada lagi aku di sisi mu, 

Jangan di tangisi pemergian ku,

Aku kembali kepada empunya diri ku,

Dialah Allah yang esa,

Berdoalah untuk ku,

Agar tiada terseksa diri ku di sana,

Ingin ku ingatkan kepada diri mu,

Pesanan akhir buat diri ku kepada diri mu,

Jagalah diri mu,

Jangan pernah terpengaruh dengan dunia,

Selalulah berjuang dapatkan Dia,

Jangan pernah berhenti berlari sayang ku,

Sesungguhnya diriku tiada di sisi mu,

Tidak boleh lagi menjaga diri mu, 

Kini,

Diri mu hanya ada Dia,

Dia yang mencipta segala-galanya,

Dia lah Allah yang esa,

Mintalah pertolongan dari Nya,

Mengadu lah segala-galanya kepada Dia,

Maafkan diri ku,

Tidak dapat bersama diri mu sepanjang hayat,

Sesungguhnya diri ku hamba,

Tertakluk pada yang Esa,

Aku pergi dengan gembiranya,

Berjumpa dengan Dia yang satu,

Tidak ku risau dengan diri mu,

Kerana ku yakin,

Diri mu kuat untuk menempuh saat ini,

Ingatlah,

Allah bersama diri mu,

Maha besar,

Maha agung,

Daripada Allah kita datang, 

Daripada Allah juga kita kembali,


Nukilan akhir ku buat mu sebelum pergi meninggalkan diri mu selama-lamanya,


Mati itu pasti, 
Bagaimana kita di sana nanti, 
Adakah anda pasti, 
Syurga itu menanti.


Diharapkan syurga lah tempat ku di sana nanti.


Pengajaran:
Janganlah kalian terlalu leka dengan dunia ini. Mati itu pasti sahabat. Ingatlah akan kematian. Bagaimana kita di sana nanti bergantung pada diri kita di waktu ini. Waktu kita di dunia ini. Cukupkah amalan kalian untuk ke syurga sewaktu di sana. Cuba renungkan kata ku ini wahai sahabat. Jika di waktu ini kita sibuk dengan dunia, lalai kepada akhirat… Macam mana kita di sana nanti. Pernah terfikir tak????


Cuba renungkan artikel ku kali ini,

Ayuh tingkatkan amal,

Ayuh jadi kekasih Allah.

Tiada terleka dengan dunia,

Fokus mendapatkan cinta Allah,

Lakukan suruhannya,

Tinggalkan larangan nya.

Selamat beramal dan berlari dapatkan Dia.


Ingatlah akan kematian,

Jangan pernah leka.

Sekian dari ku,

Relax

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!