Saturday, August 25, 2012

Orang memberi nasihat dah korang menjawab




Sebelum relax mula berbicara, ketahuilah segala isi di bawah ini hanyalah pendapat ku dan hanya di ambil dari otak ku.

Aku lain, engkau lain, pendapat kita tak serupa. Harap faham ye.

Orang memberi nasihat dan kadang korang menjawab:-


Contoh 1:

Si a: "Janganlah pakai macam 2, seksi sangat"

Si b: "Ala ko, macam la baik sangat nak nasihat orang, ko pergi ubah diri ko jadi baik dulu baru datang nasihat aku"

Kepada si b,

Relax nak tanya sikit "Apa definisi baik bagi kau?"

Adakah seorang manusia yang tidak melakukan kesalahan langsung?

Adakah seorang manusia yang memakai jubah+serban ataupun seorang yang berjanggut +berkopiah dan sewaktu dengannya?

Kenapa! Kau nak tunggu ustad, ahli ulamak or wali tegur kau ke baru kau nak dengar.

Soalan akhir dari ku, berhak kah kau menentukan seseorang itu tak baik kerana kau hanya nampak zahirnya sahaja? (lainlah kalau kau ada kasyaf dan sewaktu dengannya).


Contoh 2:

Si a: "Tak elok kau pegang tangan dengan dia, tak muhrim"

Si b: "heellooo, kubur lain-lain tau, kau jaga hal kau, aku jaga hal aku."

What the pandai, memang la kubur lain-lain. Tetapi kita satu ummah, kita satu agama, kita satu kapal dan tinggal di planet yang sama.

Kalau di turunkan bala di atas kelakuan kau, bukan si b je kena, si a pun kena sekali. Lagi pun tegur-menegurkan di tuntut dalam Islam.

Perkara akhir hendak ku katakan, kalau si a menasihati si b di atas perbuatan yang tidak dilakukan si a, rasanya tak salah dan ungkapan bagai ketam belajar anaknya berjalan lurus tak boleh digunakan.

Korang pernah kena macam contoh atas ni tak atau korang pernah dengar perkataan macam si b cakap.

(Perkataan yang sering relax dengari di kaca tv n dunia realiti apabila seseorang memberi nasihat kepada orang lain. Dah jemu kadang mendengar, takda ayat lain ke nak pakai. Hehe)

Sekian dari ku.

Relax selalu.

Pai.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!