Tuesday, April 10, 2012

Crow zero vs UiTM ZERO


Panas-panas,

Video panas, baru keluar dari ketuhar.

Tengah nak bubuh mayonis, kasi sedap sikit.

Peeeaarhh, video bubuh mayonis +daging ayam+sayur+ketang, mesti sedap kalau di makan.




Sedap sehingga menjilat jari.

Nanti dulu, bubuh aji naik motor lak. Lagi bertambah sedap.

Hehe, lupakan segala apa yang relax cakap kat atas ni.



Berbalik pada topic asal….

Kini hanya tinggal kenangan. Sedih-sedih.... 

Projek BEL (English) ku masa sem 2. 

Puan Suzana, akan relax ingat nama lecturer ni. Lecturer BEL yang paling terbaik. 

Macam-macam benda yang selama ni relax tak pernah buat kena buat bila masuk kelas dia.

Pengalaman yang tidak akan relax lupa.

Kami diminta untuk membuat satu video. Oleh kerana relax yang tak berapa creative ni menjadi kepala bagi projek ini. Maka terhasillah video macam dalam ni.

Pikir punya pikir punya pikir punya pikir punya pikir punya pikir. 

Satu idea muncul, apa kata buat crows zero versi UiTM, itulah sebabnya tajuk video ni di namakan "UiTM ZERO." Hehehe.....

Biar relax terang kan serba sedikit pasal video ni ye. Video ini di olah dari cerita Crows zero. Makna kata berkisah tentang dua orang yang mahu menguasai UiTM iaitu Toriq dan Banjar. 

Ala senang cerita tengok je cerita crows zero mesti korang tau nya video ni pasal apa.

Tengok la sendiri macam mana video ni. 

(Relax ni bukan lah hebat sangat edit-edit video ni + malas pulak, so faham-faham la ye. : p )

Tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena buat gak, sebab projek ini menjadi markah assignment ku dan rakan-rakan ku. 





Amacam gempak tak, hehehe,

Masa tunjuk kat satu kelas pasal video ni, memang malu gila.

Kalau boleh ku cabut mata semua orang dalam kelas ku, memang relax dah cabut dah. Biar diorang tak leh tengok video yang relax buat ni.

Selamat la tak leh cabut, selamat mata kawan-kawan ku.

Sekian dari ku,

Yang benar,
..................


Relax-relax lah selalu.

Pui pui pui...
(".)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!