1, 2, 3,
Mat jiwang sila teruskan…….
*************
Apa itu cinta???
Bagi diri ku, cinta ialah satu perasaan sayang yang sangat
kuat kepada seseorang selain ibu bapa dan keluarga. Dalam erti kata lain
sayang^10 (sayang kuasa sepuluh) kepada seseorang. (ingat ye pembaca sekalian, sayang^infinity kepada Allah SWT tau )
Cinta pertama.
Sering kali orang mengatakan cinta pertama sukar di lupakan.
Tahukah anda kenapa???
Ini kerana:-
-Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu CINTA.
-Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu cemburu
-Cinta pertama membuat kita merasai sesuatu yang tak pernah
korang rasa dan sewaktu dengannya…
Symptom or tanda-tanda penyakit cinta (tanda-tanda jatuh
cinta):-
-Korang akan sentiasa mengingati orang tersebut.
-Korang akan sentiasa mahu jumpa dengan orang tersebut.
-Korang akan rasa best bila jumpa dengan orang tersebut.
-Korang akan jadi tak keruan or tak tentu arah.
-Korang rasa sentiasa ingin bersama dengan orang tersebut.
-Korang risau tak tentu pasal terhadap orang tersebut.
-Korang akan rasa sakit hati yang teramat apabila orang
tersebut buat sesuatu yang negative dekat korang, walaupun benda yang di buat
itu hanya negative sedikit je. (pandai2 la fahamkan)
-Ada certain time, korang akan jadi moody bila tak jumpa
dengan dia terlalu lama.
-Korang ingin tahu segala aktiviti si dia (memang penyibuk
tahap CIPAN la orang kata).
-Korang rasa risau teramat padahal si dia hanya selsema je
pun.
-Korang rasa jeles bila si dia bercakap dengan orang lain.
Dan sewaktu dengannya (terlalu banyak tanda-tanda jatuh
cinta ni. selebihnya korang fikir sendiri la yo)
Jika bertambah kronik, boleh menyebabkan:
-Bunuh diri.
-Tergadai maruah diri.
-Kawin lari.
-Moody selalu.
Dan sewaktu denganya…..
Ubatnya:
-Sentiasa berdoa
-Kuatkan iman….
Berdasarkan tanda-tanda jatuh cinta tadi, korang jangan
hairan kenapa orang sanggup mati kerana cinta. Korang juga jangan hairan kenapa
si gadis sanggup memberi tubuh mereka kepada lelaki-lelaki di luar sana.
Tuntasnya, cinta itu membuat korang merasai sesuatu di dalam
diri yang belum pernah korang merasai selama ini.
Warning!!!!!
Tanda-tanda di atas jangan di biar menjadi kronik kerana
binasa diri. Jangan lupa ubatnya iaitu doa dan iman.
Kata akhir dari ku,
Hadirnya cinta inilah perlu di jaga dan di salurkan ke jalan
yang betul.
Jangan biarkan cinta ini di kuasai nafsu.
Yang benar,
Mat jiwang….
*************
Itu dia karangan dari mat jiwang yang tak berapa nak jiwang bila di baca. Oit mat jiwang, macam mana kamu tahu tanda-tanda jatuh cinta ni??? Apa-apa pun, setiap orang tak sama sebenarnya.
Bila relax baca apa yang mat jiwang type, dapat di simpulkan di sini bawasanya cinta pertama sukar di lupakan dan cinta itu indah jika mendapat redha dariNya.
Sambungannya---> click sini
Sekian dari relax pulak,
Yang benar
Relax equal to tenang
Comments
Post a Comment