Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kenangan

Kita kena ubah

Hai semua. Hari ni cuma nak bagi tahu, sudah tiba ku mencari duit dan kumpul banyak-banyak untuk masa depan. Yeah otak duit sekarang. Ok tak lupa juga Ilahi.  Ayah relax ada lah cakap, kerjaya engineer ni tak mudah, kena sentiasa bersedia. Ada masalah memang kita akan di panggil. Tiada alasan yang dapat di berikan. Makna kata sibuk juga ah. Dengar macam tu relax takut pulak nak jadi engineer. Jadi minta begitu gitu jelah. Tak bersungguh. Ingat kalau kerja sekarang ni boleh la rehat rehat bersama yang tersayang ke. Buat aktiviti apa apa ka. Tetapi selepas berbincang, katanya nak ada kerjaya juga. Jadinya dia nak berkerjaya relax pun perlulah bekerjaya juga. Muda lagikan, fokuslah kerja dahulu. Tapi tulah rezeki dekat mana tu tak tau, kena cari dahulu. Apa apa pun redha dengan segala ketentuanNya.  Ok nak tambah sedikit, perubahan itu harus ada, tak kanlah nak kekalkan perangai buruk dahulu sehingga kini. Bongok namanya tu. Opppsss terkasar pula. Lal...

Alam pekerjaan 1

Hai and Assalamualaikum relax ucapkan kepada pembaca sekalian. Lama menghilang bukan kerana diri ku sudah tidak berminat untuk menulis artikel di dalam blog ini, tetapi relax tiada daya upaya untuk menulis dek kerana penat selepas balik daripada kerja. Barulah relax tahu kenapa orang kerja balik-balik penat lalu rasa nak tidor awal. Tambah-tambah kerja yang dilakukan teruk. Lagi lah penat lepas nak balik tu. Kerja ni macam-macam orang relax jumpa, ada kaki cucuk belakang, ada yang keras kepala, ada yang suka buat pala dan banyak lagi lah. Sebagai seorang yang masih baru di alam pekerjaan, relax lebih banyak diam dan melihat cara diorang bekerja dan pemikiran diorang. Tak nak tunjuk memandai lagi, relax dan ayuh lihat orang dahulu. Lantaklah diorang kata relax tak pandai dalam sesuatu bab. Nak tengok juga diorang punya pemikiran macam mana. Setelah melihat lalu melihat pernagai orang relax dapat satu kunci yang di pegang oleh diorang. Pengangan itu ialah keyakinan. Di dal...

Soalan yang boleh di tanya ketika di interview

Ok baiklah... Nak tulis apa tah. Lupa pula. Aaaaiiyyoooo.... Mencari kembali idea yang hilang... Eeeermmmm eeeeerrrrmmmm eeeerrrrmmmm eeeerrrmmmmm eeeeerrmmmmm eeeeerrrmmm eeeerrmmm eeeerrmmmmm Thinking................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... Ok baru ingat... Macam selalu, apabila kita meminta kerja. Di akhir interview kita akan di tanya sama ada kita ada soalan ke tidak untuk  di tanya kepada orang yang interview kita. Jadi sekarang ni, relax nak tulis antara soalan yang boleh di tanya kepada orang yang interview kita. Antara soalan yang boleh ditanya ialah:- 1. Apakah job scope untuk kerja yang kita minta ini? 2. Company ini ada overtime tak? 3. Bayara...

Cerita di kedai makan

Salam, hai korang. Cerita hari itu. Macam ni ceritanya. Jalan ceritanya bertempat di kedai makan tempat belajar relax. Sesudah makan ku sudahi dengan melihat sekeliling ku. Entah mengapa mata ku terpandang seorang wanita yang pada pandangan ku seorang yang ranggi. Ku melihat tingkah laku nya. Cuba menafsir apa yang di fikirkannya.  Ku terfikir mengapakah dia begitu rupa. Entah la, makin ku cuba selami diri dia. Makin pelik ku rasakan. Pening ku memikirkan. Lalu ku biar dia di alam nya.  Ku kalih pandangan di tempat lain. Mencari mangsa baru untuk ku perhati gelagat mereka. Sedang ku mencari, wanita tadi lalu di hadapan ku. Di waktu ini nasi sudah tersedia di hadapannya.  Kali ini ku tersentak. Semua gara-gara wanita tadi. Tersentak dek kerana melihat dia sebelum menjamah makanan. Tidak ku sangka begini rupanya wanita itu. Ketika ini, sesuatu bermain di fikiran "sungguh tiada boleh kita menilai seseorang daripada luarannya." Mana tidak ku beranggapan begitu, w...

Apabila nikmat duduk di tarik kembali?

Assalamualaikum semua, Apabila nikmat duduk di tarik kembali, Sakitnya tidak terperi, Mengadu la kita kepada Ilahi, Baru ingat kembali salah silap dengan Ilahi, Mulalah memikir seksanya dugaan ini, Saat nikmat duduk di tarik juga, Mulalah sel-sel otak berhubung, Macam-macam yang kita fikirkan, Mulalah ingat pencipta kita, Saat itu, Tiada sudah manusia di cari, Hanya Allah yang di cari, Itulah salah satu hikmahnya di uji, Kita kembali ingat kepada Ilahi, Sekian artikel ku kali ini. Tak boleh tidor kut, Tegur ku andai ku salah. Relax tenang saja.

Hendak ku lupakan perkara lalu

Kadang ku pelik, kenapa namanya sering di kaitkan. Seronokkah anda mengenangkan perkara lalu, tidak rasa bersalah kah kepada Dia. Tidak ku nafi, diri ku juga ada sejarah silam, ada juga seseorang di sisi, tidak pernah pula ku sebut. Kerana ku rasa bersalah dengan Dia di atas perkara lalu. Kini tiada siapa yang tahu, melainkan diri ku dan Dia. Begitu juga dengan dia. Bersalah lah diri itu, jangan di ungkit perkara lalu, kuburkan dan kuburkan perkara lalu. Diri mu dan diri ku, kita punyai sejarah tersendiri, Diri ku makin melupakan, diri mu jua harus begitu. Diri ku manuasia biasa mampu melupakan, begitu juga diri mu, mesti mampu melupakan.  Cerita ini bukan hanya tentang diri mu dan dia. Tetapi harus di ingat Allah itu ada, Mengkhinati Dia, Melakukan perkara yang di tegah Dia, Harus memohon ampun kepada Dia, Andai tiada kata ampun dari mu, Menanti lah azab Dia, Tidak di dunia, Di sana nanti, Mesti kena, Pengadilan Allah sebaik penga...

Renungan mencari Dia

Semoga sentiasa di bawah rahmatnya. Seindah mawar berduri, sukar di sentuh, tetapi tetap cantik di pandangan manusia. Hanya yang sebenar layak dapat menyentuh. Itulah wanita di dalam Islam. Jom baca artikel di bawah:- Apabila diri ku bersendirian, Ku kenang masa lalu,  Ku banding sekarang dan dahulu,  Masih samakah aku sekarang,  Tiada peningkatan,  Tiada ubahan,  Sedih,  Buruk harus ku singkirkan,  Top up kebaikan,  Perbanyakkan amalan,  Jika benar Dia kita mahukan,  Sedarlah dari kelalaian,  Sedarlah di buai angan,  Lajukan kaki mencapai tekad,  Tekad yang kukuh tiada keraguan,  Ayuh saudara dan juga saudari,  Barakan semangat juang,  Tiada gentar di landa ombak,  Mendapat Dia yang teragung,  Jom bersama kita mengubah,  Dari kurang baik menjadi baik,  Dari baik lebih baik,  Inga...

Pendakian Bukit Bendera pada pukul 2 pagi (sambungan)

Semoga di bawah rahmat Nya wahai insan bergelar manusia di atas muka bumi ini. Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada orang yang baru mengenai diri ini dan blog ini. Seperti yang di janjikan, kini ku kembali untuk membetulkan apa yang sedia tak betul. (Bila relax janji tah, hehe). Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni dan empat menjak ni hati ni sering kali goncang dan tak keruan, relax pun tak tau apa sebabnya. Mungkin sesuatu telah berlaku or hati ini perlu di beri makan dengan zikir mengingati diri Nya. Mungkin selama ini terlalu alpa dan lupa kepada Nya. Di sebabkan itu, di turun Nya gundahan hati untuk ku memuhasabah diri kembali mengingati dosa-dosa dan perkara yang di lakukan diri ku selama ini. Sekian luahan ku kali ini, Kita berbaik kepada topik asal yang juga sambungan kepada artikel Pendakian Bukit Bendera . Serba sedikit gambar yang berjaya di ambil atas Bukit Bendera:- Sementera tunggu nak turun kita tidor dulu Kawan-kawan seperjuangan yang ...

Mendaki Bukit Bendera pada pukul 2 pagi.

Banyak pula orang duk cerita pasal Bukit Bendera relax tengok dalam internet ni. So, relax pun nak cerita gak la. Mana boleh korang je bercerita, relax pun nak gak. 19/5/2013 Ahad. Satu sejarah tercipta antara relax, kawan ku dan yang paling penting ialah lecturer ku iaitu En Ikmal.  Hehe, pengalaman yang sangat-sangat best. Aktiviti yang membuat adrenalin ku keluar dengan banyak nya. Teruja gila time ni. Perasaan yang memang relax nak sangat. Terbaik. Terciptanya sejarah apabila En Ikmal mengeluarkan cadangan untuk hiking bukit bendera pada pukul 2 pagi.  Dengan menggunakan slogan "Be Safe, Be Crazy" relax dan kawan-kawan menyahut cabaran lecturer ku. Malas nak cerita panjang-panjang. Saksikan sahaja ringkasanya di bawah:- Event: Hiking ke Bukit Bendera. Mengikut jalan: Taman bunga or Taman Botani. Ala yang ada tempat menembak 2. (Tak pasti jalan apa, yang pasti permulaan jalan tu ada macam pintu gerbang) Time: 2 pagi. Objektif: Amb...

Aku jadi jepun sekejap

Hola.. Tak payah introduction, tak payah bermadah-madah. Terus ke topic utama..... Samurai-samurai, nampak macam sedap burger samurai ni. Hari ni try pergi makan. Daging burger tu rasa biasa je tetapi sos burger ni sedap. Eeeeerrrrrrmmmmm nyum-nyum.... Ni la gambar samurai burger...... Samurai burger MCB Awek relax, dia makan ayam je Cute tak, hehehehe Keluar semata-mata merasai samurai burger dan ++++++. Memang takda kejekan... hehe... Sekian untuk post hari ini... :) Senyum2... Relax je....

Belajar jadi manusia

Pada 19.6.2012, hari di mana relax belajar naik kereta api dan bas (kali pertama dalam hidup ku naik kete api, hehe). Macam kawan ku kata "Belajar jadi manusia." Apa relax rasa bila naik bas rapid, transnasional dan kereta api: Kereta api: Serius memang tak best bila nak tidor. Bunyi besi la, bunyi kerusi la, bunyi hon la, bunyi landasan la dan banyak lagi la bunyi. Bas transnasional: Lenguh kaki + sempit. Bas rapid: Memboringkan. Nak pergi tempat dekat je, tapi bas 2 pusing punya la jauh lepas 2 duk berhenti-henti lak. Bakal menyusul belajar naik teksi.... Hehe Sekian yang di atas, Sambung dengan yang di bawah,  ******************* Pelbagai halangan perlu ditempuhi, Di tambah dengan halangan dalam diri, Halangan yang paling sukar ditempuhi, Usaha dan tekad perlu ada, Angan-angan sahaja tak boleh, Semakin dekat semakin sukar, Beruntung pada siapa milikinya, Ramai yang mahukan, Tetapi ter...

Siap semasa cuti sem

Projek bermula awal bulan 4 dan semalam 10/6/2012 sudah tamat projek sepenuh masa ku buat rumah.Di buat pada hari relax tamat dan adik ku cuti sem. Dah tamat sebab cuti dah habis. Dah nak kena start belajar balik. Hehe adik aku la. Jadi sepanjang tempoh cuti 2, ini je la yang dapat di siapkan or dapat di buat.... Proses menaikan segi Preparation nak angkat segi Sudah naik 10% segi Ok dah naik kasi ikat Jom-jom ambil gambar dulu sebelum pasang segi Ok, masa untuk memasang segi Memikirkan cam ne nak pasang segi Eeerrmm cam ni kut pasang Takpa2 kita buat je, asal nampak segi Siap sudah segi nya Inilah puncak bumbung ku Potong-potong kasi cantik sikit (step akhir sebelum tamat) Pemandangan dari bumbung ku, hehe Waah adik siapa 2.. Adiks aku (ada 's' sebab dua org) Cam kenal rumah, va...