Skip to main content

Mendaki Bukit Bendera pada pukul 2 pagi.


Banyak pula orang duk cerita pasal Bukit Bendera relax tengok dalam internet ni. So, relax pun nak cerita gak la. Mana boleh korang je bercerita, relax pun nak gak.


19/5/2013 Ahad.

Satu sejarah tercipta antara relax, kawan ku dan yang paling penting ialah lecturer ku iaitu En Ikmal. 

Hehe, pengalaman yang sangat-sangat best. Aktiviti yang membuat adrenalin ku keluar dengan banyak nya. Teruja gila time ni. Perasaan yang memang relax nak sangat. Terbaik.

Terciptanya sejarah apabila En Ikmal mengeluarkan cadangan untuk hiking bukit bendera pada pukul 2 pagi. 

Dengan menggunakan slogan "Be Safe, Be Crazy" relax dan kawan-kawan menyahut cabaran lecturer ku.



Malas nak cerita panjang-panjang. Saksikan sahaja ringkasanya di bawah:-


Event: Hiking ke Bukit Bendera.

Mengikut jalan: Taman bunga or Taman Botani. Ala yang ada tempat menembak 2. (Tak pasti jalan apa, yang pasti permulaan jalan tu ada macam pintu gerbang)

Time: 2 pagi.

Objektif: Ambil gambar matahari naik dari atas Bukit Bendera.

Peserta: 37 orang
Asal nya belas-belas orang je, tak sangka bila open dekat umum, ramai lak yang nak pergi. Rupanya banyak orang tak betul kat tempat relax ni. hehe... jangan marah ye....

Sekilas lalu pasal persedian: 
Sebenarnya tak rancang pun siapa yang nak lead, kena bawa apa naik atas tu, macam mana susunan atas tu dan banyak lagi persedian yang tidak di buat (Yang lagi tak betul, ada la orang tu naik atas Bukit hanya menggunakan mata hati. hehe, takda torchlight la). Persedian hanya di buat sebelum naik. Dalam erti kata lain, pandai-pandai la korang pikir sendiri nak naik tu kena buat apa.

Konvoi: 8 kereta, 1 motor.

Permulaan:-
Berkumpul di UiTM PP pukul 10.30pm. Bertolak pergi sana pukul 11.30pm. Sampai kat sana pergi Gurney dulu makan-makan dan beli apa yang patut. Selepas itu, pergi Bukit Bendera dan start panjat pukul 2 pagi.

Member ku yang mengila sekali

8 kereta yang pergi

Siapakah itu?

Gurney di waktu malam

Gurney, sentiasa ada orang

Baru tau, Gurney di tepi pantai rupanya


Jalan di sana macam mana:-
Berdasarkan permerhatian ku, ada dua bukit yang perlu di daki untuk naik ke bukit bendera. Makna kata, kita kena naik dan turun semula bukit. Seterusnya naik kembali bukit lain. Selepas 2 jam, kami perlu mendaki jalan tar yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Bukit Bendera. Time ni la yang paling mencabar dan memenatkan bagi diri ku, sebab jalan tar ni tak masuk akal, terlalu curam mengalahkan jalan Bukit Mertajam. (siapa la buat jalan ni, tak reti nak buat bagi landai sikit ke)


Peristiwa yang terjadi:-

- Seorang kawan ku tak cukup nafas untuk naik ke Bukit Bendera. Selamat la ada kawan-kawan yang baik seperti kami ni bagi semangat suruh dia naik gak. (hehe, baik kan kami :P)

-Di kejar anjing.
Cerita bermula sewaktu di jalan tar. Masa tu berhenti rehat di depan rumah untuk menunggu group lain naik (rumah siapa tah atas tu, boleh lak sesat kat tengah-tengah jalan ni). Masa berhenti tu la ada bunyi banyak salakkan anjing. Tapi kami buat tak tau je, sebab anjing tu duk dalam pagar rumah tu. Dalam 10 minit kami duduk kat depan rumah tu, ada seekor anjing keluar, entah macam mana tah anjing tu boleh keluar. Macam selalu, cuak gak la, siap ready nak lari lagi. Selamat la ada seorang member ku ni bagi nasihat time tu kata jangan lari sebab nanti anjing tu kejar. 

Ingat ke sampai dah rupanya belum

Rumah sesat di jalan nak naik Bukit Bendera

Permulaan di mana anjing menjadi penghalang pendaki-pendaki


Start dari sini la, orang selepas kami di kejar anjing hehe. Maaf ye kawan-kawan ku, kami la penyebab anjing tu keluar. Jangan marah yo. Di atas dasar tanggungjawab kami, 5 orang dari group ku terpaksa turun bawah untuk cover orang-orang bawah dari di kejar anjing. 


Pengakhiran mendaki:-

Setelah hampir 2 jam kami panjat jalan tar (Pukul 6 pagi dah masa ni), akhirnya kami sampai ke bukit bendera dan yang paling best sekali ialah kami lah peserta yang pertama yang sampai ke Bukit Bendera (bangga mak aku mengandungkan aku, hehe, tak gitu mama).

Inilah orang first sampai dulu bukit Bendera

Ce tengok orang belakang tu, siap sujud syukor lagi, Alhamdulilah sampai gak

Group first yang sampai Bukit Bendera


Sampai je kat sana solat Subuh dulu, then cari tempat baik punya nak ambil gambar matahari naik. Sebelum tunggu tu, kita tidor dulu.

Panjat-panjat gak, yang wajib jangan di lupa. 
Perjalanan untuk menunaikan yang wajib.

Surau di atas Bukit Bendera

Tempat baik punya, nak ambil gambar matahari naik.

Jalan menuju ke cable car.

Bersinar-sinar lampu 2

Kita ambil gambar dulu

Ce tengok belakang tu, cantik tak..

Bukit Bendera, kat mana tah benderanya.

Jom kita tidor

Kita tidor dulu

Pemandangan di atas sana

Laut di bawah itu


Objektif tercapai:-

Peringkat kenaikan matahari (Pandangan dari Bukit Bendera)









Akhirnya matahari muncul gak.

Ni baru cerita naik, belum turun lagi. 

Saksikanlah sambungan nya selepas ini. 

Kita cerita bab turun lak yo.... 


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...