Salam dan selamat ku ucapkan
kepada anda sekalian. Tiba-tiba idea datang nak tulis ayat-ayat di bawah. Tiba-tiba je, tiba-tiba je.... (ok baiklah, dah habis tiba-tiba. Kita tengok lah ayat tiba-tiba di bawah).
Bukan mudah untuk menyampaikan
sesuatu benda yang baik.
Bukan mudah untuk menyampaikan
sesuatu kebenaran.
Pelbagai tohmahan akan di hadapi.
Pelbagai tuduhan akan di lemparkan.
Inilah perjuangan,
Perjuangan dalam menyampaikan.
Kesan tuduhan itu masih terkesan
di hatiku.
Bukan mudah untuk ku
menghilangkan.
Sedih di rasai apabila terkena
sedemikian rupa.
Bukan salah dia,
Salah aku kerana cara penyampai
yang tak betul.
Harus ku jadikan pengajaran.
Harus ku hindari dari terus
melakukan.
Kalau diam,
Di kata tidak punyai pegangan.
Kalau menegur,
Di kata nya macam-macam.
Ye aku sedar,
Memang aku bukan baik,
Sering juga melakukan kebatilan,
Kalau dah begitu,
Ayuh bersamalah kita perbaiki
diri,
Aku salah kau tegur,
Kau salah aku tegur,
Kita saling tegur-menegur.
Yang salah bersama membetulkan,
Bukan membenci,
Bukan bermusuhan,
Bukan bermasam muka,
Bukan mendiamkan diri,
Semua di atas tidak akan menyelesaikan
masalah,
Aku akui,
Sebagai insan biasa,
Kadang susah juga untuk menerima
teguran seseorang,
Tetapi aku tiada pilihan lain,
Teguran itu harus ku ambil dan
pertimbangkan,
Muhasabah kembali perlakuan ku,
Moga kita di bawah rahmatnya,
Moga kita sering diberi petunjuk
daripada Nya,
Mudah-mudahan.
Sekian kata-kata dari ku,
Yang benar,
Relax = tenang.
Pai..
J
Moga kita umat Islam bersatu
kembali. Katakan tidak pada pepecahan.
Comments
Post a Comment