Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.
Sebak dan sedih,
Sama dari segi hasil,
Berbeza dari segi pengawalan,
Kedua-duanya menghasilkan air mata,
Sebak tidak boleh di kawal,
Sedih boleh di kawal,
Inilah perbezaannya,
Sedih dan sebak,
Sebak lahir dari hati,
Sedih lahir dari emosi,
Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal,
Usah kau kata kau kuat,
Tidak akan mengalirkan air mata,
Sampai satu ketika,
Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu,
Ini lah sebak,
Diri tidak mahu,
Tetapi hati membentak mahukan air mata,
Makanya otak tidak lagi mengawal,
Sebaliknya hati,
Sedih,
Hadirnya boleh di minta,
Membayangkan satu kepiluan,
Saat ini otak menafsir,
Seterusnya air mata mengalir,
Kebanyakkan lelaki,
Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut)
Tetapi saat air mata mengalir dari matanya,
Itulah air mata keikhlasan yang lahirnya dari hati,
Kebanyakkan perempuan,
Murah dengan air mata, (mungkin)
Itu tandanya hati nya selembut kapas di lautan,
Penyayang orangnya,
Lelaki dan perempuan,
Mana mungkin sama ciptaan nya,
Menangislah saat diri dah tak mampu menahan,
Menangislah jika bebanan di tanggung boleh hilang,
Menangislah saat diri memohon keampunan kepada Allah,
Menangislah menginsafi kekilafan di waktu dulu,
Menangislah pada sesuatu yang baik,
Sebak dan sedih,
Keduanya berbeza..
Sekian dari ku..
Relax,
: )
Comments
Post a Comment