: )
"Tak adil, ini tak adil, mana boleh hati aku je sakit. Hati dia pun kena sakit gak. Aaaaahh ini tak adil. Aku tak suka macam ni. Aku akan pastikan hati dia pun sakit."
Macam mana kau tahu hati dia tak sakit wahai sahabat, mungkin hati dia sakit tetapi dia pandai sembunyikan. Berbeza dengan kau, tak pandai sembunyikan kesakitan hati tu.
Andai dapat kau lihat hati ku,
Mesti kau terkejut,
Bertapa banyak luka dan coretan di atasnya,
Bertukar ganti antara penyembuhan dan luka,
Hati,
Bagaimana keadaanya,
Tiada siapa yang tahu melainkan Allah dan pemiliknya.
Mengapa perangai ku gila-gila. Mengapa aku buat perangai yang pelik-pelik. Mengapa aku buat semua ini, sebab apa?????
Tidak perlu ku jawab semua ini, kerana jawapan nya ada di dalam diri mu wahai kekasih.
Renung dan berfikir lah. .
Ok, sekian ayat intro untuk kali ini. (intro ke ayat mengarut.. :) apa-apa je la)
Eeeerrrmmm artikel pendek dan sesangat pendek untuk hari ini sebagai pembuka kepada bulan September ini. Dugaan apalah yang bakal kita tempuh kali ini. Moga hati kita tabah menempuh sebarang dugaan yang mendatang.
Saat hati dilanda kesedihan,
Zikir menjadi penawar,
Al Quran menjadi teman,
Allah tempat mengadu,
Kawan oh kawan,
Jangan tersalah kawan,
Nanti makan diri.
Cinta itu indah,
Andai kena caranya,
Jangan terlalu menyintai,
Takut parah hati.
Dialah peneman kala suka dan duka,
Dialah kawan baik dan rapat ku,
Dia pelengkap diri ku,
Dialah isteri or suami ku.
Zikir makanan hati,
Suci hati,
Cara nak jumpa diri Nya.
Jodoh itu rahsia Allah,
Jangan terlalu berharap,
Takut merana diri,
Relax saja,
Ingat tu....
Sekian artikel pembukaan untuk bulan september 2013.
P kahwin cepat-cepat sikit.
Ku lupakan cinta demi persahabatan <-------- Relax suka dengan ayat ni.
Zikir penawar hati.
Pai..
Relax tenang selalu.
: )
Comments
Post a Comment