Skip to main content

DIL / Death in line term yang di isu Dr kepada pesakit


DIL dan DNR/NAR

Walaupun juruteknologi makmal perubatan tidak terlibat dengan direct contact pesakit. Kita juga perlu tahu sedikit sebanyak term yang ditulis di borang makmal. Salah satu yang biasa ditulis di history, patient diseased atau BID (brought in death). Di bawah ada term lain yang admin rasa nice to know. 

Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "menunggu masa untuk maut", DNR (Do Not Resuscitate). bermakna sekiranya jantung pesakit berhenti, kami tidak akan melakukan CPR kepada pesakit mahupun meletakkan tiub ke dalam mulut pesakit untuk disambung ke alat bantuan pernafasan

Medical officer berhak mengeluarkan DIL kepada seseorang pesakit sekiranya beliau memikirkan tiada harapan untuk pesakit untuk diselamatkan,. NAMUN, jangan SALAH FAHAM, walaupun seseorang itu dikategorikan sebagai DIL, rawatan antibiotik, ubat-ubatan masih diteruskan sebaiknya. Gunanya DIL bagi masyarakat islam adalah untuk mereka bersedia dengan apa yang patut ketika waktu ajal seseorang pesakit itu tiba. Bacaan Yassin, mengajar pesakit mengucap serta menjemput mana-mana ahli keluarga yang masih belum berjumpa pesakit untuk berjumpa sementara pesakit masih hidup. 

Ada juga beberapa pesakit yang setelah diisukan DIL, Alhamdulillah berjaya sihat semula, setelah kami berusaha sedaya upaya mengambil darah, memonitor nadi dan mengoptimimkan ubat mereka.

Jadi, sekiranya anda diberitahu bahawa saudara terdekat anda telah diisukan DIL, harap anda memahami apakah maksudnya dan mulalah untuk memanggil mana2 saudara-mara yang masih belum melihat pesakit sementara mereka masih hidup

DNR pula ialah satu kenyataan yang hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai perubatan. Ini bermaksud apabila pesakit collapse atau berhenti bernafas, tiada apa yang akan kami lakukan kecuali memberi si mati untuk pergi dengan selesa. Kami akan memberi ubat tahan sakit yang maksimum oksigen taktala pesakit bertarung dengan sakaratulmaut.  

Kami hanya mengisukan DNR kepada beberapa jenis pesakit sahaja, seperti contoh, pesakit berumur 84 tahun, yang sudah menghidapi stroke beberapa kali sehingga tidak boleh bergerak, dan kali ini datang dengan kegagalan buah pinggang serta jantung. Cuba anda fikirkan, sekiranya pesakit teersebut adalah ibu anda, mahukah anda melihat kami me resuscitate beliau

Perlu anda fahami resuscitation btermasuk CPR (Cardioplumonary resuscitation) yang mana doktor akan naik ke atas katil dan menekan dada pesakit sehingga kedalaman 2 inci pada kadar 100-120 kali seminit. Bukan itu sahaja, tiub akan dimasukkan ke dalam kerongkong dan disambungkan kepada mesin pernafasan, itu pun jika mesin pernafasan mencukupi. Dan sekiranya pesakit masih hidup, dia akan dihantar ke ICU untuk pemerhatian selanjutnya. 

Adakah anda mahu melihat pesakit yang sudah tua, cengkung dan kebanyakkan organ sudahpun gagal melalui CPR, yang mana peratusan untuk menghidupkan kembali jantung adalah amat tipis. Itu belum cerita ada yang patah beberapa tulang rusuk akibat CPR dan lain-lain, dalam erti kata lain, menyeksa mereka yang sudahpun tiada harapan untuk hidup lagi.

Masyarakat perlu tahu, anda sebagai pesakit berhak untuk memilih sama ada anda mahukan active resuscitation (seperti yang saya terangkan di atas) atau DNR. Sekiranya pesakit berumur 50 tahun, yang sebelum ini sihat tiba-tiba jantungnya berhenti, sudah pasti kami akan membuat CPR, memaukkan tiub dll. Apapun, bergantung kepada keadaan pesakit dan juga assessment yang dilakukan oleh pegawai perubatan

ANDA TIDAK BOLEH MENGHALANG KAMI DARIPADA MELAKUKAN RESUSCITATION SEKIRANYA PADA AWALNYA ANDA BERSETUJU UNTUK ACTIVE RESUSCITATION. Pengalaman saya, sedang saya keletihan mengCPR pesakit ketiga malam tersebut, baru lima minit si anak datang dan memarahi saya dengan nada yang sangat kasar dan kurang hajar "Sudahlah doktor dan misi bodoh, jangan seksa bapak saya!!!".

Jawapan saya "ang ingat aku suka tekan2 dada bapak ang petang-petang ni, tadi kata nak active resuscitation, sekarang xnak pulak, jangan cakap sekejap macam tu sekejap macam ni!!, pergi duduk sana!!Jangan masuk sini sampai aku bagi kau masuk!!:. 

Anda kena faham, sekali resuscitation dilakukan, ianya perlu berterusan sehingga 30-45 minit bergantung kepada keadaan. DNR juga tidak boleh diisukan sekiranya pesakit tiba-tiba jantungnya berhenti, kerana faktor emosi waris pesakit tidak boleh dipakai pada waktu tersebut,

Pendek kata, fahamilah beberapa perkara ini. Jangan pula ada yang kata jantung bapak saya berhenti, tapi staf hospital tak buat apa-apa pun, walhal DNR telah pun diisukan seminggu lalu

Sumber :En Onn Azli Puade dan budak Lab facebook.


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...