Susah benar nak lawan yang di
dalam,
Apa perlu ku lakukan,
Kadang aku menang,
Kadang aku kalah,
Lagi banyak kalah dari menang,
Aku cuba dan terus mencuba,
Pengakhirannya aku tetap kalah,
Bukan senang nak lawan yang di
dalam,
Ditambah pula kalau lelaki,
Satu perpatah orang kata,
Lelaki sering kalah dengan
nafsunya,
Perempuan pula sering kalah
dengan perasaannya,
Sejauh mana kebenarannya aku pun
tak tahu,
Penyucian,
Pegantian,
Kenal pada yang satu,
Inilah tahap perlu di tempuh,
Mahukan pegantian perlu melalui
penyucian,
Mahukan yang satu perlu melalui
penyucian dan pegantian,
Peringkatnya perlu diikut,
Jika tujuanya kepada yang satu,
Ini sahaja caranya,
Tiada yang lain,
Istiqamah perlu ada,
Iman perlu kuat,
Keazaman jangan di lupa,
Aku mampu tempuhinya.
Ku pohon,
Bimbinglah diri ku ke jalan redha Mu.....
Cekalkan hati ku menempuh dugaan Mu....
Sinari hati ku dengan cahaya kasih Mu.
Pengajarannya....
Mohon pada yang kuasa ditambah dengan usaha jika mahukan sesuatu...
Sekian untuk post kali ini...
J
Comments
Post a Comment