Bila orang berkata: Orang yang
berusia lebih matang dari orang muda dan perempuan lagi cepat matang dari boy.
Aku berkata: Kematangan seseorang
bukan terletak pada usia mahupun jenis jantinanya. Tetapi kematangan bergantung
pada pengalaman dirinya.
Bila orang berkata: Apabila melakukan kesalahan, korang kata, "biasalah aku tak sempurna."
Aku berkata: Kita memang tak
sempurna, tetapi kita kena berusaha ke arah sempurna. So, jangan ulangi
kesalahan itu lagi.
Bila orang berkata: Ko belajar
buat apa mat, biology dan sebagainya, dunia je semua ni. Bukan dapat ganjaran
apa-apa.
Aku berkata: Setiap ganjaran yang
diterima bergantung pada niat. Pastikan niat kerana Allah swt. Sedarkah anda
ilmu yang di pelajari datangnya dari Allah swt.
Siapa yang belajar mat, biology dan
sebagainya sedang belajar ilmu Allah swt sebenarnya. Ilmu ini kemudianya
digunakan untuk kebaikan. Dapat ganjaran di situ kan. Jadi, ilmu ini bukan
sahaja melibatkan dunia tetapi juga akhirat.
Bila orang berkata: Aku kaya dan
sewaktu dengannya.
Aku berkata: Sedarlah, kau dan
aku sebenarnya sama. Hakikatnya kita tak punyai apa-apa. Semua pinjaman
semata-mata.
Nak tanya sikit kat korang, apa
kepunyaan korang sebenarnya?
Kalau dah semua pinjaman
semata-mata, yang kita nampak pun pinjaman semata-mata dan diri kita pun
pinjaman semata-mata.
Jadi, wujudkah kita sebenarnya?
Selamat berfikir.
Penambahan,
Bila orang berkata: Kau pandai cakap je kan. Buatnya tidak..
Aku berkata: (Cakap depan aku kalau nak tau jawapannya)
Sekian untuk hari ini.
Smile smile J.
Comments
Post a Comment