Semoga anda di bawah rahmat dari
Nya.
Persoalan untuk hari ini, apakah
perbezaan antara kereta dan motor?
Sebenarnya banyak perbezaan
antara kereta dan motor. Ye memang betul, perbezaan yang ketara dapal di lihat
ialah dari segi bentuk; Motor lebih kecil dari kereta, tayar motor dua sahaja
jika dibandingkan dengan kereta dan sebagainya.
Bukan pebezaan ini hendak ku
katakan sekarang tetapi perbezaan dalaman antara keduanya.
Perbezaan antara motor dan
kereta:
1. Di jalan kampung ataupun jalan
kecil.
Motor akan selalunya akan laju daripada kereta. Tak kira la korang pakai
kereta apa pun, lancer ke, skyline ke, lambor ke or sewaktu dengannya. Selalunya motor
akan menang kat jalan ni.
2. Kelajuan.
Kelajuan kereta tak sama dengan motor. Ini kerana cc
antara motor dan kereta lain. Dalam erti kata lain, 140km/h kereta tak sama
dengan 140km/h motor. So, kalau setakat motor bawak 140km/h, memang tak kena
saman pun dengan polis. Berbeza dengan kereta, lagi laju korang bawak,
keberangkalian nak kena saman lagi tinggi.
3. Kebarangkalian
kemalangan untuk kereta lebih banyak dari motor. (Mesti korang terkejut dengan
statement ni kan. Silap-silap korang tak boleh terima dengan statement ni.)
Sebagai contoh:
Sebuah kereta tiba-tiba berhenti
dihadapan korang, kalau korang naik motor tak payah brek, kona menyenget sudah,
jangan risau, korang kecil, percent nak langgar kereta lain kurang. Berbeza
dengan kereta, nak kona ke tepi takut kena kereta orang lain pulak, last2
korang pun brek la mengejut dan mengharap tak langgar kereta depan.
Nampak tak perbezaan antara
keduanya, motor punyai banyak pilihan untuk mengelak kemalangan berbanding
kereta.
4. Momentun ataupun daya lajak kereta dan motor.
Mengikut hukum fizik, lagi
berat dan semakin laju sesuatu kenderaan, semakin tinggi daya lajaknya.
Sebelum 2, relax nak tanya korang
sikit:
Antara motor dan kereta, mana
lagi laju?
Kereta kan.
Antara kereta dan motor mana lagi
berat?
Kereta juga kan.
Berdasarkan persoalan di atas,
dapat diketahui disini, kereta lebih laju daya lajaknya dari motor. Bila daya
lajak tinggi, kurangnya masa mengelak pada sesuatu halangan, jadi
kebarangkalian langgar halangan tinggi. Di sebabkan itu, peratusan kemalangan
tinggi.
Bukti kukuh yang mengatakan
kereta lagi banyak kemalangan dari motor ialah di dalam surat khabar. Kalau tak
percaya cuba tengok. Lagi satu, kalau korang perasan la kan, motor selalunya
terlibat dengan kemalangan sebab dilanggar oleh kereta. Makna kata penunggang
motor selalu menjadi mangsa korang wahai pembawa kereta.
Tuntasnya kereta lebih banyak
percent nak kena saman dan lebih bahaya dari motor.
Secara ringkasnya, kereta lebih
bahaya dari motor kerana:
1. Kereta lebih laju dari motor.
2. Kereta besar dan susah nak
dikendalikan berbanding motor
dan sebagainya.
Hyphotesis:
Semakin bertambah berat dan laju
sesuatu kenderaan, semakin susah nak mengawal kenderaan tersebut.
Jadi, kereta lebih susah dikawal
dari motor apabila korang bawa laju. Bayangkanlah kalau ada halangan di depan
semasa korang bawa laju (dah la susah nak kawal kenderaan masa ni).
Agak-agak korang la kan apa jadi?
Pikir sendiri wahai pembaca
sekalian.
Persoalan tambahan:
Perkara pelik dan menjadi
persoalan diri ku di masa ini ialah “kenapa korang wahai pemandu kereta susah
sangat nak bagi signal bila nak pergi ke kiri or kanan?”. (Kalau motor relax
tak kesah sangat kalau tak bagi signal sebab kecil senang nak elak.)
Signal korang rosak ke or ada
sebab lain??? (pikir sendiri)
Yang paling sayangnya, kereta
besar dan mahal tapi signal rosak (maybe). Kesian korangkan, takda duit nak
repair. Kesian dan simpati je la dapat ku berikan.
Kata akhir dari ku, tak payah la
bawa kereta laju-laju. Bahaya-bahaya. Sayangilah nyawa anda. Kalau anda tak
sayang nyawa anda, siapa lagi.
Yang kat atas ni relax compare
dengan motor yang cc kecil la. Kalau motor cc besar, memang dah macam kereta
dah lajunya. So, keberangkalian motor besar lebih kurang sama dengan kereta je.
Satu tip relax nak bagi kepada korang, kalau betul korang nak bawa laju or memang tak boleh nak bawa slow or korang memang rasa tak best kalau bawa slow or korang rasa skema bila bawa slow or korang rasa hebat bila bawa slow or korang rasakan jalan raya sebagai litar lumba or lain-lain:
1. Doa banyak-banyak masa memandu.
2. Sentiasa ingat pada Allah SWT.
3. Lebihkan berwaspada or berhati-hati.
4. Pastikan otak korang pantas (untuk digunakan pada situasi sebelum or sedang berlaku kemalangan)
5. Mainkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku dan cuba elakkan.
Paling penting sekali, ikutlah peraturan jalan raya.
Sekian, tamat sudah....
Hehe
Cau lu.
Comments
Post a Comment