Skip to main content

Orang tanya aku jawab bahagian 2


Sambungan entry orang tanya aku jawab pada tahun 2011 November. Ala yang relax suruh mamat 2 tulis pasal persoalan yang orang tanya dekat dia.

Ok mamat tunggu apa lagi tulislah bahagian dua kau.

**************

Terima kasih relax sebab bag aku sambung entry tahun lepas dekat ko ye blog.

Ok seperti yang aku cakap pada entry sebelum ni. Akan ada entry number 2. Ok saksikan lah… hehehe (aku suka gelak, maklumalah nak bagi Nampak muda selalu. Lagi pun boleh la exercise muka. )

Kenapa kau tak simpan janggut?
Bukan tak nak simpan, dah penah simpan. Lagi panjang aku simpan lagi aku rasa macam aku tak layak nak simpan sebab aku rasa diri aku ni masih ……. (anda tahu jawapannya).

Kenapa kau tak suka bawa kereta?
Sebab lambat kalau bawa kereta. Tambah-tambah dekat tempat aku duduk ni sentiasa sesak. Lagi pun aku suka menyelitp-nyelit di antara kerata, baru feeling beb.

Kenapa kau suka makan claypot?
Aiyo, solan apa ni, nak buat cam ne dah memang aku suka makan.

Apahal kau kalau pergi kedai suka minta makanan yang pelik-pelik?
Ha, ini memang tabiat aku. aku memang suka minta makanan pelik-pelik kalau pergi kedai. Kalau aku tengok je menu dekat sesuatu kedai, first sekali memang aku akan tengok nama makanan 2. Kalau nama dia aku tak penah dengar lagi aku suka order. Ala suka try benda baru la katakan.

Pehal kau suka sangat buat benda bahaya, macam backflip dan sebagainya?
Erm, macam mana nak cakap ha. Memang aku suka try benda-benda bahaya ni. sebab aku suka mencabar diri aku sendiri. Cuba la korang try buat benda-benda 2, korang akan rasa puas kut kalau dapat buat.

Pehal kau ni berjimat sangat?
Untuk pengetahuan penanya soalan ni, bukan berjimat, tapi berbelanja secara berhemah. Ikut keperluan sudah.

Pehal dulu ada minah mintak couple kau diam je, tak bagi jawapan?
Tahu-tahu je penanya solan ni, hehehe sebenarnya bila ada girl minta couple dengan aku, aku tak tau nak bagi jawapan apa walaupun hati aku minat dekat girl 2. Nak buat macam dalam drama malu pula.

Kau penah minat mana-mana girl tak sebelum ni?
Sebagai seorang lelaki yang normal, memang ada. Banyak kali, tetapi girl yang aku minat 2 semua aku tengok dengan pandangan yang pertama. Jadi Nampak sangat aku minat dekat girl 2 sebab paras rupa girl 2. Lagi pun girl yang aku minat 2 semua muka lawa-lawa. Jadi aku minat dekat dia sebab nafsu. Selalunya girl macam ni kadang aku buat bodoh terus sebab ramai lelaki suka dia, jadi mesti girl 2 duk buat syok. Aku tak nak jadi penggila bayang kepada girl-girl yang lawa-lawa ni. :)

Pehal mak kau tahu semua pasal kawan-kawan kau?
Ha, untuk pengetahuan kau, mak aku tau semua pasal kawan-kawan aku terutamanya kawan yang rapat dengan aku sebab mak aku suka tanya pasal kawan-kawan aku dekat aku. 

Lagipun aku suka bercerita hal kawan-kawan aku dekat mak aku. jadi kalau korang dengan aku bising, then datang rumah aku senyap, ketahuilah korang bawasanya mak aku dah tau perangai korang macam mana hehehe…. 

Kalau perkara yang baik pasal korang lagi aku suka bercerita dekat mak aku. selain mak aku, adik beradik aku pun tau gak pasal hal kawan-kawan aku tapi tak full macam mak aku.



Kalau kau suka seseorang girl, kau bagi tau tak mak kau?
Hehehe, sebenarnya aku jarang berahsia dengan mak aku. banyak aku bagi tau dekat mak aku pasal hal-hal aku termasuk la kalau aku ada minat dekat seseorang.

Tetapi aku cakap dekat mak aku dengan nada yang main-main or tak serius. Dengan adik beradik aku pun sama gak tapi jarang la. jadi, di kalangan adik beradik aku, aku lah kaki merapu. "Dalam merapu tersembunyi kebenaran. "(poyo-poyo)

Bersambung............

Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air