Skip to main content

love letter




Hahaha, boring kalau blog ku hanya punyai entri yang skema.

Oleh kerana itu, entri kali ni agak lari dari sifat sebenar ku (ye ke).

Hari ni nak cuba menulis surat cinta. Mungkin surat ini lah yang akan relax bagi kepada insan di hatiku   :-P.  
Sebelum relax post artikel ni ketahuilah bawasanya relax ni x pandai sangat dalam karang mengarang ni. Nak merapu pandai la.

Jadi, terhasillah...

 *****************
  
Kepada: cinta hati ku

Hai awak, dah lama saya tengok awak. Kali pertama saya tengok awak saya tak rasa apa-apa. Tapi bila saya dah kenal awak. Saya tertarik dengan sikap awak. Saya tak tahulah macam mana perasaan ni boleh muncul.

Saya tahu awak mesti tak percaya saya suka dekat awak. Mungkin juga awak tak akan percaya terus. Sebab sikap saya yang susah nak serius. Memang itu sikap saya.

Kalau boleh saya nak awak sentiasa di sisi saya. Kalau boleh saya nak tahu semua pasal awak. Saya nak selami hati awak. Tapi perkara itu tidak dapat saya lakukan sebab awak jauh dari saya.

Kadang saya terfikir gak, pe jadi kalau awak bukan jodoh saya. Kadang saya takut kalau awak bukan di takdirkan untuk saya. Saya takut saya tak dapat menerima hakikat ini.

Lemah imankan saya ni, takut pada takdir dari Nya. Tapi inilah hakikatnya. Walau apa pun, saya nak awak tahu i love u dan kalau boleh saya nak awak menjadi suri di hati saya selamanya.

Hanya takdir yang menentu segalanya.

Love you,
:->
*****************

Agak-agak korang la, boleh ke bagi surat ni dekat insan 2. Eeerrmm, ayat x cukup power. Tak boleh bagi lagi ni.

Kalau korang tengok artikel ni lebih kurang macam artikel sebelum ni je. Cuma ayat je yang lain sikit. Tapi tetap ada bezanya.

Nak buat macam mana relax ni bukan penulis. Bukan juga peminat cite-cite romantik dan yang paling penting relax ni, kalau nak main ayat kurang pandai sikit (buat masa skang la).

Cau cin cau lu.

;-)

Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air