Cara daftar PTPTN untuk kali kedua or ke atas
Assalamualaikum ku ucapkan kepada pembaca yang terbaca or sengaja baca blog ku.
Oleh kerana ada yang bertanyakan kepada diri ku bagaimana untuk memohon ptptn jika kita sudah memohon dahulu.
So, hari ni relax akan ajar korang macam mana nak memohon ptptn untuk kali yang kedua or ketiga dan keatas. Jika korang dah mohon ptptn masa diploma dan nak memohon ptptn untuk master or ijazah, korang boleh la tengok step bawah ni. hehe....
Ok, jangan buang masa lagi kita start tutorial or cara-cara memohon ptptn untuk kali kedua (or above):
Step 1:
- Seperti biasa, korang kena pergi beli no pin dekat Bank Simpanan Malaysia (BSN).
Step 2:
- Pergi ke portal http://www.ptptn.gov.my/. Then klik laman PTPTN online, seperti dalam rajah di bawah.
Sebelum klik
Selepas klik
Step 3
- Log in guna account yang korang dah buat masa pemohonan kali petama dulu.
Selepas di log in
Kalau korang lupa kata laluan korang, korang boleh la klik pada pekataan "Terlupa kata laluan?". Then kata laluan yang baru akan di hantar pada email yang korang daftar dulu. Korang jangan risau, email korang akan di beri tahu nanti. Senang cerita lepas je korang klik perkataan 2, korang ikut je apa yang dia suruh.
Step 4
- Klik pada perkataan "PENDAFTARAN BARU". Then, masukkan kan je apa yang dia mintak.
Step 5
- Lepas korang dah masukkan segala yang dia mintak, korang tunggu je la keputusan pemohonan macam mana.
Sekian artikel cara mendaftar dari ku.
Moga sihat-sihat selalu anda-anda di sana.
Hehe
Smile
:)
kalau status Dalam Pembiayaan macam mana ya?
ReplyDeletekalau status dalam pembiayaan sama juga.
ReplyDeleteDaftar je macam dekat atas.
Kalau nak buat penangguhan bayaran kena minta surat masih belajar dari U tempat belajar...
kalo lupa password email tu mcm mane plak??
ReplyDeleteklu t'lupa password, tekan je perkataan "terlupa kata laluan" bawah petak kata laluan... then masukan je apa yang di minta... lepas 2 click button teruskan.. seterusnya website tersebut akan hntr pasword baru kat email...
ReplyDeletealam…sewaktu kali pertama sye memohon ptptn sye menggunakan email lama tpi sekrg sye tk gne lgi email yng telh sye berikn kpd pihk ptptn sewktu pendaftaran.macam mana yerk nak berithu pihk ptptn sye telh gnekn email bru?
ReplyDeleteSbnrnya lepas dah login ad button tukar email... So, klu dah tak guna email lama blh tukar email baru lepas dah login.
ReplyDeleteKlu kes lupa kata laluan, memang password baru akan di hantar ke email semasa daftar. Jd, nak tak nak email lama perlu di buka juga untuk mndptkan password baru...
kalau kita sekarang ni degree final year and masing dalam pembiayaan, and then nak apply terus untuk master akan datang. boleh?
ReplyDeleteMaafkan saya, soalan di atas terlalu rumit untuk ku jawab dan punyai pelbagai kemunkinan.
ReplyDeleteLebih baik tanya pihak yang lebih tahu iaitu PTPTN. Saya pasti, pihak PTPTN dapat menjawab soalan di atas. :)
http://www.ptptn.gov.my/
kalau status Dalam Pembiayaan macam mana ya? apabila saya click pendaftaran baru dan saya diminta untuk jawab ini.
ReplyDelete'Pelajar yang telah menghantar permohonan tetapi belum diproses ATAU permohonan telah ditolak dikehendaki untuk membatalkan permohonan/pendaftaran sebelum dibenarkan untuk mendaftar no ptptn baru.
Adakah anda setuju untuk membatalkan pendaftaran sebelum ini?'
Maaf kan saya setelah sekian lama baru saya jawab soalan di atas, hehe..
ReplyDeleteDulu saya buat ok je, lepas je click pendaftaran baru terus boleh je isi maklumat yang di minta. tak banyak kerenah macam di atas pun.
Rasanya saudara dah buat pendftaran sebelum ini kut, tu yang dia keluar macam tu.
Apa2 pun, saya rasa lebih baik saudara bertanya kepada pihak PTPTN tentang hal ini. Mungkin diorangg boleh membantu.
:)
salam . saya pernah mnolak pinjaman ptptn krn saya memilih utk masuk matriks . sekarang saya ingin memohon semula pinjaman ptptn utk sambung degree . adakah saya perlu mngikut steps di atas ?
ReplyDeleteSalam kembali, step di atas setahu saya hanya untuk orang yang pernah menerima pinjaman PTPTN (Untuk pemimjam lama)...
ReplyDeleteBagi yang tak pernah menerima pinjaman saya rasa kena buat macam mula2 nak apply PTPTN sbb anda dikira pemimjam baru...
Maaf kan saya, saya kurang pasti. Mungkin anonymous boleh bertanyakan kepada pihak PTPTN or orang yang lebih arif.. :)
Maaf kan saya ye...
thanks bro..very helpful :)..cuma satu nk tnya..no ptptn tu menda apa?
ReplyDeleteNo ptptn tu no. pin la kut.. hehe sbnrnya sy pun tercari-cari di mana ad tulisnya perkataan 'no ptptn' tu..
Deleteuntuk permohonan bru prlu ke buat penangguhan bayaran balik...?
ReplyDeleteNak buat boleh, tak nak buat pun boleh... Ikut suka sebenarnya..
ReplyDeleteCuma kalau tak buat kena bayar... Kalau buat penangguahan tak payah bayar lagi, tunggu habis belajar baru bayar balik.
(Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukkan... Pikir elok2 klu nak buat keputusan)
My emel kena hacked, tapi kata laluan dah lupa so macam mana saya nak buat? Macam mana tukar emel yang baru?
ReplyDeleteemail kena hacked, tapi kata laluan dah lupa. eeermm mcm mana tu. tapi klu kata laluan dah lupa untuk ptptn, boleh tekan button kata lupa kata laluan di laman ptptn. haa g tu lah cite dia.
ReplyDeleteSy pnah pinjam ptptn time diploma. Skg sy plan nk ambk degree dgn pinjam ptptn jgk. Tpi kalau sy pinjam ptptn lgi smbil tu byr balik pnjmn ptptn b4 ni dgn rm 100 sbln bole ke? Mksd sy pnjam ptptn lgi smbil byr balik man sblum ni.
ReplyDeleteBlh bayar smbil ambil pt utk degree. Tp min bayaran utk ptptn dah tercatat dlm surat iaitu rm137 sebulan. Anda nk bayar hnya rm100. Rasanya x blh.
ReplyDeletetarikh bayaran dan masa bayaran tu for what?
ReplyDeletekt mana nk tahu tarihk tersebut. ke anggaran sendiri?
thank u. im so confuse
eermmmm maafkan sy, tak faham la soalan U?
ReplyDeletebgaimana hendak membatalkan permohonan yang tidak lengkap masa diploma.?
ReplyDeleteMaaf kan saya, saya kurang memahami soalan anda.
ReplyDeleteBrape lama permohonan dapat atau x? Agak2 brape lama baru resultnya keluar
ReplyDeleteEermm kena rajin cek la. Dulu pun men cek je results ptptn.
ReplyDeletePelajar yang telah menghantar permohonan tetapi belum diproses ATAU permohonan telah ditolak dikehendaki untuk membatalkan permohonan/pendaftaran sebelum dibenarkan untuk mendaftar no pin baru.
ReplyDeletei click daftar baru...then key in pin number baru...tapi,
kena batalkan permohonan dulu?
Mungkin U dah daftar kut sebelum ni. Tu yang kena batalkan pemohonan dulu. Mungkin juga pemohonan dahulu masih di dalam pembayaran dan tak tamat lagi. Kalau ikut step di atas, pemohonan di buat setelah pembayaran ptptn kepada kita dah tamat.
ReplyDeleteada 3 perkara yg kena isi utk pendaftaran baru. no pin, masa bayaran & tarikh bayaran. utk pendaftaran baru ni kena beli no pin baru eh? masa bayaran & tarikh bayaran nak kena letak apa ye?
ReplyDeleteyup kena beli no pin baru. Masa bayaran dan tarikh bayaran ada dalam surat PTPTN yang meminta kita bayar balik pinjaman.
ReplyDeleteNak tanye..
ReplyDeletemcm mne nk dftr ptptn untuk kali kedua ye,..
saya nak smbung blaja dgree...
sooo nak kena no pin bsn semula ke..
tolng bls
yup kena beli no pin semula. Lepas tu log in website ptptn. tekan pendaftaran baru.
ReplyDeleteSalam.sy nak tanya.sy dah buat degree dlm program ADP dan dah habis bln may 2015. sy nak sambung lg degree di universiti yg berbeza.sy dulu dh pinjam ptptn sbnyk 2 kali; foundation sekali, degree ADP sekali. Agak2 sy boleh pinjam ptptn lg ke x eh? Or maybe status sy dlm pembayaran balik?
ReplyDeletekalau kes di atas saya pun tak pasti boleh lagi ke tidak pinjam. Langkah yang terbaik untuk di lakukan ialah saudara/saudari pergi bertanya hal ini di pejabat ptptn atau boleh lah menghubungi ptptn.
ReplyDeleteadakah ptptn hanya akn meluluskn bagi pelajar lepasan diploma dengan cgpa 3.00 untuk sambung pembiayaan dgree??
ReplyDeleteTidak, Bawah 3.00 pun PTPTN luluskan untuk pembiayaan degree.
ReplyDeleteSalam.. tumpang tanya.. ini mengenai borang permohonan ptptn.. kalau tersalah isi tarikh mula pengajian camne ye?? Tarikh mula pengajian 22/11/2015.. tapi terisi 1/12/2015.. permohonan dah dihantar dan sedang diproses.. tak boleh buat pindaan lagi.. adakah perlu batalkan permohonan tersebut dan buat pendaftaran baru??
ReplyDeletesalam kembali, setahu saya kalau tersilap isi tarikh mula pengajian... duit ptptn akan lambat masuk atau ada masalah ptptn nak bagi pinjaman sebab tidak sama tarikh mula pengajian anonymous bila ptptn refer kepada institute pengajian... wallahu'alam....
ReplyDeletesalam sis, beli no pin untuk pemhonan kedua tu untuk apa? sbb nya kan kita guna akaun yg dlu msa diplma tu..mcm x guna je no pin tu. mohon pencerahan untuk pembelian no pin tu..untuk apa ye? :D
ReplyDeletemacam mana nak batalkan pendaftaran permohonan dahulu
ReplyDeletemaaf di atas kelewatan membalas komen daripada strong girl. setahu saya untuk membatalkan pemohonan terdahulu, kita haruslah membatalkan di cawangan ptptn berdekatan. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDia minta no pin bsn.. lepas klik pendaftran baru.. masalahnye sekarang knpe dia tulis situ no pin bsn bukan no ptptn.. ke sama je dua2 tu??
ReplyDeletesepatutnya boleh, sebab masa kita beli no pin dekat bsn kan kita ada cakap nak beli no pin untuk ptptn. kalau tak da tu. kena tanya balik pihak ptptn macam mana. mungkin ada masalah system atau sebagainya.
ReplyDeleteerm maaf tnye. ermm senarnye isi ni pendaftaran kali pertama dgn pendaftaran baru lain ke? so kne log in. atau buat pedaftaran baru. i tk paham meeyyyy.
ReplyDeletependaftaran kali pertama step 1st sebelum ad akaun pinjaman dlm ptptn. pendaftaran baru tu untuk memmohon pinjaman baru drpd pihak ptptn. degree ka, master ka dan sebagainya...
ReplyDeletesaya nak tanya saya pelajar diploma saya telah menerima pinjaman wpp tapi saya terlupa untuk buat pinjaman ptptn dan hendak buat pinjaman ptptn apa harus sya buat.....untuk menyelesaikan hutang wpp kerana tempoh pembayaran singkat
ReplyDeleteKena pergi pejabat PTPTN kalau kes macam ni. Kena cek balik berapa kena bayar semua. Adakah jumpah seperti WPP tersebut atau ada peningkatan bayaran.
Deleteassalam bro relax. Kalau surat ptptn saya hilang mcm mana saya nak tengok tarikh dan masa bayaran tu?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Cek di dalam laman web PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp dalam tu segala penyata dan maklumat pinjaman kita dia ada nyatakan... cara susahnya pergi pejabat PTPTN tanya. Tapi selalu saya tengok dalam website yang saya sebut tadi ja.
ReplyDeletekalau tersilap isi tahun spm nak buat mcm mana?
ReplyDeletehelppp.. sbb dah submit permohonan
Salam, nak tanya. Berapa banyak yang ptptn akan beri untuk menyambung pelajaran peringkat master?
ReplyDeleteBergantung kepada kos yang kita dapat.
Deletesalam, kalau saya nak buat pinjaman kali ke,2 untuk sambung degree, tapi belum membuat sebarang pembayaran lagi untuk pinjaman pertama saya ketika ambil diploma dulu , agak2 ptptn akan lulus kan tak pinjaman ke,2 saya ni.
ReplyDeleteSaya dulu kes macam saudara la. Tapi lepas ja minta. Cuba minta dahulu tengok lepas tak.
DeleteADAKAH ANDA MASIH TERTANYA-TANYA DI MANA UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN TULEN???
ReplyDeleteDi mana dan bagaimana untuk mencari syarikat yang tulen untuk mendapatkan pinjaman kekal satu cabaran besar kerana terdapat begitu banyak pemberi pinjaman palsu dalam talian. Saya juga mempunyai ketakutan dan saya ditipu oleh pemberi pinjaman palsu pada masa lalu sehingga rakan saya memperkenalkan saya kepada Syarikat yang tulen yang dipanggil pinjaman Imperial. Tetapi di sini adalah penyelesaian. Pada mulanya saya fikir ia adalah semua jenaka sehingga saya menerima mesej daripada Bank saya selepas 3 hari menghantar permohonan saya bahawa wang itu benar-benar dipindahkan ke akaun bank saya. Saya terkejut untuk mendapatkan pinjaman tanpa tekanan. Tiada kos tersembunyi, tiada cagaran yang diperlukan, tiada kertas kerja yang terlalu banyak. Jika anda ingin mendapatkan pinjaman tulen, hubungi e-mel mereka dengan segera (imperialincorporated1@gmail.com) saya berkongsi maklumat ini di sini kerana saya tidak boleh menyimpannya kepada diri saya sendiri. Saya berjanji anda, anda akan kembali ke sini untuk memberitahu kesaksian anda sendiri dan berterima kasih kepada saya kemudian. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman segera, hubungi mereka sekarang dan anda akan gembira anda lakukan. Anda boleh menghubungi saya e-mel jika anda memerlukan maklumat lanjut daripada saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada mereka melalui moga228811@gmail.com
Hai , saya nak tanya , klau saya nak mohon jpa dulu.. Lps tu klau x dpt baru nak mohon ptptn balik boleh ke? And maybe time tu dah sem 2 degree.. Kena mohon cam biasa ehhh?? Tq harap respon
ReplyDelete