Skip to main content

Berdiamlah jika tiada benda yang nak di katakan


Hola, laho, hoho, haha

Baru relax perasan, relax ni rupanya tak boleh cakap elok-elok dengan orang, kalau cakap elok-elok je mesti takda idea. Tapi kalau relax merapu or sakitkan hati orang ada je idea. 

Macam hari ni la, chat dengan seseorang, niat asal nak cakap elok-elok, sampai la satu ketika idea takda. Lepas tu relax start la merapu dan keluarkan ayat sakitkan hati orang. Lepas tu ada je idea. 

Ish2 pelik betul dengan perangai relax ni. Nampak sangat hati belum bersih lagi. Perlu bersihkan hati lagi ni. Selalunya orang kata, apa yang kita cakap tu ada hubung kait nya dengan hati. Kalau hati bersih, apa yang kita cakap pun orang tak sakit hati. Kalau hati gelap, jadi macam relax la, nak cakap benda yang elok-elok takda idea tapi kalau cakap benda yang tak berfaedah ada je idea. 

Ingat ya kawan-kawan ku, jangan la jadi macam relax. Sepatutnya kalau dah takda idea nak cakap apa, diam sudah la tau. Jangan duk merapu lak. 

Ingat yo, jangan jadi macam relax tau. Biar relax jadi sorang tak pa hehe... 

Masih banyak yang perlu di perbaiki dalam diri ini rupanya. 

Mudah-mudahan diri ku kuat untuk membersihkan hati yang sedia kotor ini. Amin..

Kepada orang di luar sana yang punyai sifat macam relax ni, jom la bersama kita ubah yo.

Sekian benda yang baru ku perasan.

Relax tenang selalu.

Pai.

Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air