Skip to main content

Berhati-hatilah semasa berurus niaga



Satu kisah cinta hendak ku ceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua. Cinta ku bermula setelah diri ku kenal seorang gadis. Seorang gadis yang cantik rupanya dan baik budi pekertinya. Tetapi sayang dia bukan untuk ku. Dia bukan milik ku. Tiada apa boleh ku lakukan melainkan pasrah dan terima segala takdir dari Nya. Aku sedar siapa diri ku, jangan lah kau menghina ku. Buat apa ku mengejar sesuatu yang bukan milik ku. Jika itu kata kau, aku tak akan kejar diri mu lagi.


Ok sekian ayat sampingan untuk memanjangkan artikel ku kali ni. Hehe, sebenarnya artikel kali ni di terbitkan untuk memberi peringatan kepada semua.


Kisah bermula setelah ayah dan ibu ku pergi kedai untuk membeli bumbung. Masa kat rumah n kedai dah kira duit memang cukup.


So, ibu bapa relax pun bagi la duit kat kedai 2. Lepas 2 pekerja kedai pun kira la duit tu. Then dia nak bagi kat tukang duit. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pekerja 2 nak bagi duit kat tukang duit, boleh la dia patah balik kat ibu bapa relax dan cakap duit tak cukup lagi RM1000.


Ah sudah, memang gelabah la mak pak relax, nak ambil kat mana lagi. Masa ni memang mak pak relax tak tau nak kata apa dah, sebab tadi cukup tiba-tiba sampai kat pekerja 2, dia kata tak cukup. Bukan jenis serang menyerang dan bertengkar mak pak relax ni, lepa pun diam je bila kejadian 2 berlaku dan berlalu pergi nak tekan duit nak dapatkan lagi RM 1000 lagi.


Dalam perjalanan nak tekan duit 2, dapat satu panggilan dari kedai 2 cakap, duit dah di jumpai, terselit bawah buku.


So, mak ayah relax pun patah balik p kedai 2 balik. Sesampai je kat kedai, mak ayah relax pun p balik kat pekerja tadi. Sampai je kat situ pekerja 2 terus salam mak relax sambil cium tangan mak relax dan mintak maaf pasal kejadian 2. Terpinga-pinga gak la mak relax bila dia buat macam 2. yang pasti pekerja 2 berbangsa india. So, tak terbang la duit rm1000.


Masalah selesai.

Secara rinkasnya:
Mak ayah ku pergi kedai untuk membeli bumbung. Pada mulanya duit cukup dan apabila duit tersebut berpindah tangan daripada mak ayah ku kepada pekerja kilang tersebut, duit jadi tak cukup lagi RM1000.

Persoalanya sekarang, salah siapakah? Adakah mak ayah ku or pekerja tersebut?
Yang pasti, semasa pekerja tersebut mengira duit, pekerja tersebut membelakangi CCTV. (Hehe, memang tabiat ayah ku pergi mana-mana suka tengok kedudukan CCTV.)


Dimanakah hilangnya rm1000 tadi?
Korang pikir sendiri based on situasi di atas. Yang peliknya, macam manalah duit rm 1000 tadi boleh terselit bawah buku. Pelik bin ajaib betul.


Pengajarannya sekarang:
- Kalau nak beli barang yang melibatkan jumlah yang banyak lebih baik menggunakan cek dan bukannya cash. Kalau nak guna cash gak pastikan ada dua orang pekerja kedai 2, untuk dijadikan saksi kata cukup duit yang kita bagi.
- Nak lagi senang, rakam terus urus niaga tersebut dari awal hingga akhir.
- Selain itu, tegur pekerja 2, jika pekerja tersebut ada membuat tingkah laku yang mencurigakan.
- Seterusnya, sentiasalah berhati-hati jika berurus niaga yang meibatkan jumlah yang banyak dan jangan percaya sangat kat pekerja sesuatu kedai.


Kesimpulannya, tipu hela di dalam perniagaan itu ada, berhati-hati lah wahai saudara ku sekalian.


Sekian peringatan dari ku...

Pai..


Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. -    Latihan yang agak berat. - Banyak tali pinggang. dan sebaga

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, Itulah air