Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Kenali jenis-jenis Phobia

Sebenarnya relax pun tak sangka ada fobia yang macam ni hehe… Ophidiophobia -Takut secara keterlaluan dekat ular (abnormal fear of snakes). Ailurophobia -Takut dekat kucing secara keterlaluan. Orang jenis macam ni relax pernah jumpa. Bila nampak je kucing, dia punya takut macam nampak harimau. Serius, tak tipu. Hehe…. Venustraphobia or Caligynephobia -Takut dekat perempuan cantik. Orang yang macam ni selaunya boleh di gunakan untuk menentukan kecantikan seseorang perempuan itu. Kalau korang nak tau macam mana orang yang macam ni boleh la tengok cerita dragon ball dan tengok pada character  Yamca. Chromophobia -Takut pada warna gelap (Fear of bright colors) Tak tau nak comment apa sebab terlalu pelik. Triskaidekaphobia -Takut dekat nombor tiga belas. Dengar macam tak logic kan, tapi memang wujud phobia ni. Tak caya search dalam internet. Nak tau lebih lanjut click di sini .

Bila orang berkata dan aku berkata

Bila orang berkata: Orang yang berusia lebih matang dari orang muda dan perempuan lagi cepat matang dari boy. Aku berkata: Kematangan seseorang bukan terletak pada usia mahupun jenis jantinanya. Tetapi kematangan bergantung pada pengalaman dirinya. Bila orang berkata: Apabila melakukan kesalahan, korang kata, "biasalah aku tak sempurna." Aku berkata: Kita memang tak sempurna, tetapi kita kena berusaha ke arah sempurna. So, jangan ulangi kesalahan itu lagi. Bila orang berkata: Ko belajar buat apa mat, biology dan sebagainya, dunia je semua ni. Bukan dapat ganjaran apa-apa. Aku berkata: Setiap ganjaran yang diterima bergantung pada niat. Pastikan niat kerana Allah swt. Sedarkah anda ilmu yang di pelajari datangnya dari Allah swt.  Siapa yang belajar mat, biology dan sebagainya sedang belajar ilmu Allah swt sebenarnya. Ilmu ini kemudianya digunakan untuk kebaikan. Dapat ganjaran di situ kan. Jadi, ilmu ini bukan sahaja melibatkan dunia tetapi juga a...

Siapa kahwin dulu.... (Artikel gatal :P)

Bla bla bla.... Sekian pendahuluan untuk kali ini. Tergerak hati nak tulis artikel ni bila kawan ku bakal menjadi bini orang bulan 11 ni. Hehe. Antara girl n boy (umur sama), siapa kahwin dulu? Agak-agak korang siapa. Ikut suka korang la nak jawab apa pun. Pada pengetahuan ku, jika umur korang sama antara girl n boy, orang yang kahwin dulu ialah girl. Ini kerana: Dari segi kewangan Lelaki Jika lelaki nak kahwin mereka perlu mengukuhkan kewangan + perlu ada duit hantaran + mas kahwin + duit kenduri. Perempuan Jika nak kahwin perlu ada duit hantaran dan duit kenduri je. Nampak tak, Lelaki perlu banyak duit lagi dari perempuan di tambah pulak kos hantaran dan mas kahwin pula banyak zaman ni. So, girl kahwin dulu. Dari segi kesihatan Lelaki Xda risiko apa-apa jika kahwin lambat. Cuma hormon marah je makin kurang bila dah berusia. Di sebabkan itu lelaki berusia selalunya lebih penyabar. Perempuan Jika korang kawin la...

Bipolar juntion transistor (BJT) - How it works!

Oooohhh cam ni rupanya... Baru tahu...

Berjihad menentang yang di dalam

Susah benar nak lawan yang di dalam, Apa perlu ku lakukan, Kadang aku menang, Kadang aku kalah, Lagi banyak kalah dari menang, Aku cuba dan terus mencuba, Pengakhirannya aku tetap kalah, Bukan senang nak lawan yang di dalam, Ditambah pula kalau lelaki, Satu perpatah orang kata, Lelaki sering kalah dengan nafsunya, Perempuan pula sering kalah dengan perasaannya, Sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu, Penyucian, Pegantian, Kenal pada yang satu, Inilah tahap perlu di tempuh, Mahukan pegantian perlu melalui penyucian, Mahukan yang satu perlu melalui penyucian dan pegantian, Peringkatnya perlu diikut, Jika tujuanya kepada yang satu, Ini sahaja caranya, Tiada yang lain, Istiqamah perlu ada, Iman perlu kuat, Keazaman jangan di lupa, Aku mampu tempuhinya. Ku pohon, Bimbinglah diri ku ke jalan redha Mu..... Cekalkan hati ku menempuh dugaan Mu.... Sinari hati ku dengan cahaya kasih Mu. Pengajarannya....

ECE246 - Introduction of C Programming

Dalam  ECE246, korang akan belajar simple programming dengan menggunakan software codeblock. Selalunya subject ini diambil oleh pelajar UiTM diploma kejuruteraan elektrik sem 4.  So, di dalam file ini relax sertakan sekali miniproject akhir, latihan untuk codeblock, lab, exercise dan sebagainya.  Tekan sini kalau nak download. Inilah contoh miniproject akhir dalam file ni " SHIPPING COURIER BILLING" Kalau nak tau coding dan flow chart untuk program ni, download la file ni..... :)  Bolehlah jadi rujukkan untuk korang ya. Hehehe..... Tenang-tenang la selalu...

MAT455 - Calculus

Buku lagi, jom download buku lagi.... Kali ni buku calculus lak relax nak bagi kat korang... Jangan risau, buku berserta solution manual lagi relax bagi kat korang.. Hahahaa...... Relax tau, untuk belajar Mathematics kadang kita perlukan example yang banyak. Nak pula lecturer korang bagi example yang sikit lak masa kat kelas. Memang lagi pening kepala kalau nak fahamkan.. So, download la buku ini berserta solution manual. Di samping dapat check solution or jawapan korang betul or tidak, korang juga boleh jadikan contoh untuk lebih memudahkan korang memahami apa yang korang belajar. Untuk download buku Thomas Calculus 11th edition click sini Untuk download buku Solution manual Thomas Calculus 11th edition pulak korang boleh click sini . Untuk download Solution manual Calculus, smith minton, 3rd edition lak click sini . Kadang soalan dalam buku Calculus, smith minton, 4th edition lebih kurang je macam 3rd edition. So, boleh la refer sikit-sik...

ELECTRIC MACHINERY and POWER SYSTEM FUNDAMENTALS

Buku lagi, buku lagi..... Jom download buku..... Kali ni relax nak kongsi dengan korang solution manual or instructor manual untuk buku Electrical Machinery and Power system Fundamental lak. Untuk pengetahuan korang, solution manual ialah buku yang mengandungi jawapan dan solution untuk sesuatu soalan. Jadi, kalau korang buat latihan dan tak pasti sama ada jawapan korang or jalan kerja korang betul or tak betul, download la buku ni..... Hehe.... Kalau betul korang nak download click sini (Buat masa ni, relax hanya dapat bagi solution manual je.... buku untuk solution manual ni takda lagi) Ala susah apa, beli je buku ni. Murah je kut, RM65.00 kat tempat relax (murah kan... hehehe). Tempat korang tak tau la. Untuk pengetahuan korang, buku ini selalunya di gunakan oleh pelajar kuruteraan elektrik dalam subjek EPO341 - Power Engineering Faundation. Inilah rupa bukunya: Moga bermanfaat la yo..... Sekian dari ku......... Relax-relax selalu..... Pai....

EEE303 - Electrical Engineering Materials

Assalamualaikum, Sebagai seorang student relax faham sangat perasaan korang bila di minta beli buku. Dah la buku mahal, bila nak beli je mesti korang terketar-ketar tangan masa nak bayarkan. Hehe.... Itulah korang, belanja awek tak ketar tangan, nak beli buku terketar tangan. Bawa-bawa la insaf ye. Jangan buang masa lagi, kepada sesiapa yang nak download buku Materials Science and Engineering. Selalunya buku ini di gunakan untuk kod kusus EEE303. Inilah rupa buku 2....  Untuk download buku tu click sini ........ Untuk solution manual pulak click sini Semoga bermanfaatnya sahabat sekalian....

Perbezaan antara kereta dan motor

Semoga anda di bawah rahmat dari Nya. Persoalan untuk hari ini, apakah perbezaan  antara kereta dan motor? Sebenarnya banyak perbezaan antara kereta dan motor. Ye memang betul, perbezaan yang ketara dapal di lihat ialah dari segi bentuk; Motor lebih kecil dari kereta, tayar motor dua sahaja jika dibandingkan dengan kereta dan sebagainya. Bukan pebezaan ini hendak ku katakan sekarang tetapi perbezaan dalaman antara keduanya. Perbezaan antara motor dan kereta: 1. Di jalan kampung ataupun jalan kecil.  Motor akan selalunya akan laju daripada kereta. Tak kira la korang pakai kereta apa pun, lancer ke, skyline ke, lambor ke or sewaktu dengannya. Selalunya motor akan menang kat jalan ni. 2. Kelajuan.  Kelajuan kereta tak sama dengan motor. Ini kerana cc antara motor dan kereta lain. Dalam erti kata lain, 140km/h kereta tak sama dengan 140km/h motor. So, kalau setakat motor bawak 140km/h, memang tak kena saman pun dengan polis. Berbeza dengan k...

Cara buat ubi ketuk

Erm sedap sedap sedap (versi upin ipin). Pernah tak korang makan ubi ketuk or pernah tak korang tengok rupa ubi ketuk. Ubi ketuk ialah sejenis ubi yang di salut dengan tepung then di goreng. Ala macam goreng pisang la. Kalau nak ikut logik pisang bila di goreng menjadi pisang goreng. Manakala nasi bila digoreng jadi nasi goreng. Jadi, kalau ubi di goreng mesti la nama dia ubi gorengkan. Ini tidak, dinamakan ubi ketuk, Tertanya gak dalam diri kenapa nama dia ubi ketuk.., erm sebab apa yo. Takpa-takpa tinggal dulu yang di atas, sekarang nak ajar korang cara buat ubi ketuk. Bahan-bahan: 1. Ubi 2. Tepung yang selalu orang buat goreng pisang tu (nama dia tak silap tepung kuih kut). 3. Kelapa 4. Garam 4. Gula Cara buat: 1. Lenyek ubi sehingga boleh di gumpalkan. 2. Masukkan kelapa, gula dan garam dalam ubi tadi. 3. Gaulkan campuran tadi sehingga sebati. 4. Gumpalkan ubi tadi mengikut cita rasa anda. Ikut suka nak gumpal bulat-bulat ka or 3 segi, terpu...

Bersamalah kita fikirkan

Salam perkenalan, Eeeerrrmmmm terjumpa gambar ni semasa sedang berinternet. So, apa korang faham dari gambar ni. Mengikut kamus dewan, kekasih bermaksud orang yang dikasihi (dicintai), buah hati. Manakala maksud buah hati pula ialah kekasih yang di cintai. Mungkin inilah penyebab kepada _________. Maybe... Saya hanya beranggapan. Mungkin juga ayat di atas punyai maksud tersirat dan tersurat. Bersamalah kita fikirkan. Sesiapa boleh tolong huraikan tak ayat di atas????? Apa-apa pun, setiap orang punyai kefahaman yang berbeza-beza. Yang pasti, beribu persoalan bermain di minda ku bila baca statement di atas. Betulkah statement ini??? (Jawapannya fikir sendiri) Setuju tak dengan statement di atas??? (Pikir sendiri) References http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm Kamus dewan edisi ketiga. Tamat persoalan untuk saat ini. Paaaaaaaiiiii.

Cinta itu indah sebenarnya

Cinta itu indah, Cinta itu fitrah, Cinta itu nikmat dari Nya, Jangan takut dengan cinta itu, Biar ia meresap dalam diri, Sewaktu perasaan cinta menguasai diri, Di waktu inilah diri akan di uji.   Tubuh menjadi medah peperangan, Antara nafsu dan iman, Jika nafsu pemenangnya, Maka binasalah diri, Jika sebaliknya, Berbahagiah lah diri. Hadirnya bagaikan angin, Tidak boleh dilihat, Hanya mampu di rasai, Sewaktu hadirnya, Salurkan kejalan redhaNya, Baru bahagia dunia dan akhirat…. Sekian post kali ini J Relax-relax selalu ****************

Tanda-tanda jatuh cinta ♥♥♥

1, 2, 3, Ok kita tukar mood kepada jiwang lak ye pembaca sekalian. Mat jiwang sila teruskan……. ************* Apa itu cinta??? Bagi diri ku, cinta ialah satu perasaan sayang yang sangat kuat kepada seseorang selain ibu bapa dan keluarga. Dalam erti kata lain sayang^10 (sayang kuasa sepuluh) kepada seseorang. (ingat ye pembaca sekalian, sayang^infinity kepada Allah SWT tau ) Cinta pertama. Sering kali orang mengatakan cinta pertama sukar di lupakan. Tahukah anda kenapa??? Ini kerana:- -Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu CINTA. -Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu cemburu -Cinta pertama membuat kita merasai sesuatu yang tak pernah korang rasa dan sewaktu dengannya… Symptom or tanda-tanda penyakit cinta (tanda-tanda jatuh cinta):- -Korang akan sentiasa mengingati orang tersebut. -Korang akan sentiasa mahu jumpa dengan orang tersebut. -Korang akan rasa best bila jumpa dengan orang tersebut. -Korang akan...