Assalamualaikum semua,
Hari ni nak cerita sikit tentang pergaulan.
Kita menjaga pergaulan kita di alam nyata tetapi tidak di alam maya.
Jangan lupa kalian, pergaulan bukan sahaja di luar tetapi juga haruslah di alam maya juga.
Di mana tidak bergurau tak tentu pasal dengan orang yang belum halal.
Tambah-tambah bergurau di waktu malam.
Senang certia macam ni:
Mula-mula memang la bergurau,
Bila dah lama jadi rancak.
Mula lah sembang hati ke hati.
Mula lah cerita masalah diri,
Mulalah ada yang memberi nasihat,
Mulalah hati tertarik,
Mulalah rahsia di buka,
Mulalah Allah semakin di lupakan,
Kerana asyik dengan emosi.
Bisikan syaitan sentiasa ada wahai manusia.
Sedarlah.
Jika kita tiada jaga batas pergaulan, mulalah syaitan menyucuk jarum, jarum ke arah kemaksiatan, seterusnya membawa kita menghampiri neraka.
Ingatlah pesan ku ini wahai diri dan juga kalian.
(Tap tap sentap gak diri baca)
Nasihat bersama wahai sahabat.
Tegur ku andai ku silap,
Peace yoo.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment