Skip to main content

Khas buat jejaka yang ingin kahwin lebih


Assalamualaikum semua, terjumpa gambar di bawah di dalam satu laman sosial, lalu ku ambil dan upload dalam whatsapp. Saja nak tengok apa kata mereka di luar sana tentang perkara ni. Saksikan lah apa yang terjadi lepas relax post gambar di bawah di dalam whatsapp.


Aku post gambar di bawah di dalam whatsapp lalu mereka berkata seperti di bawah.

(Jumpa dalam T_t__ daripada F...... ..r....)
Si A: 
(Letak gambar thumbs up)


Si B: 
Perumpaan simply switch macam neh mana boleh boh.

Allah dah ciptakan wanita dan lelaki sebaik baik kejadian dah.

Apa yang wanita mampu tak mampu nak tanggung apa yang lelaki mampu tak mampu nak tanggung.

Cuba simply switch lelaki boleh mengandung dan beranak. 

Pepandailah buat perumpamaan.. :)

No offenses..

Sebab bagi saya perumpaan situasi dekat atas tu (Gambar jari tunjuk atas) akan membuatkan sesetengah wanita akan tertutup pemikiran dia terhadap rahmat Allah bagi sesiapa yang nakkan payung emas.

:) ✌

Si C:
(Panggil nama aku), payung emas hadis yang tak sahih.

Aku:
Oohh ok2.
Thanks Si C
Baik Si B
✌✌✌

Si C:
Tapi ada ja ganjaran bagi yang berkahwin ramai. Cuma elakkan dari guna hadis payung emas.

Aku:
Wokay. Aku men paste je gmbr atas ni.
Haha

Si D:
Hukum tetap hukum, yang mampu, nak, suka hati la janji tak langgar hukum Allah. Tetapi berhati-hati, mampu tu luas maksudnya.



Komen ku:
Bagi diri ku ada benar juga kata si B sebab lelaki kalau mampu boleh je kalau nak kahwin lebih daripada seorang tetapi ada lah syarat nya.

Bagi si C pula, maaf lah, relax tak pandai sangat bab hadis ni, tak dapat nak olah apa-apa.

Bagi si D, yup Allah dah kata macam tu. Adalah hikmahnya tu.


Okay lah sekian daripada ku kepada kalian untuk hari ini.

Asal gambar tu sebenarnya relax ambil daripada satu laman sosial daripada seorang yang di kenali ramai. Eeeeerrrmmmmm, relax tak nak berhujah bagai dengan gambar di atas. Cuma nak bagi korang pikir sendiri. 


Sekian post yang di edit sedikit daripada yang asal sebab yang asal pakai short foam banyak sangat. hehe.

Okay lah.

Apa jela.

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...