Skip to main content

Setiap manusia itu sedang berjuang sebenarnya




Assalamualaikum sekalian makhluk ciptaan Allah SWT..

Sebagai hambanya yang sesangatlah lemah dan kurang dari segi imannya. Ku cuba dan terus mencuba untuk menyampaikan segala kebaikan moga dapat memberi manfaat kepada kalian. (Ayat sekema gile... J)

Sesungguhnya aku sedang berjuang, 
Berjuang melawan hasutan syaitan dan segala bisikannya. 
Kadang ku kalah, 
Kadang ku menang. 
Bukan aku sahaja yang sebegini rupa. 
Setiap manusia realitinya sedang berjuang,

Janganlah kau bersangka buruk setelah melihat seseorang melakukan perkara mungkar,
Sesungguhnya dia sedang berjuang,
Di dalam perjuangan ada kalanya manusia terkandas,
Ada kalanya manusia memenangi perjuangan tersebut,

Di sebalik kemungkaran itu,
Ada juga kebaikan yang dia lakukan,
Itulah sebabnya aku mengatakan dia sedang berjuang sebenarnya,

Tetapi ingatlah,
Di dalam perjuangan,
Hati perlu di teguhkan,
Iman perlu di tingkatkan,
Barulah kemungkaran dapat di atasi,
Barulah kita makin dekat kepada Nya,

Semakin kita dekat,
Semakin besar dugaan yang perlu di hadapi,
Itulah sebabnya kita perlu bersihkan hati,
Hilang kan segala sifat negatif di dalam diri,

Bila hati dah bersih,
Dimasukkan pula sinar-sinar kebaikan,
Barulah kita dekat dengan diri Nya,

Bila dah dekat,
Kita tenggelam di lautan nikmat,
Terasa di awang-awangan,
Nikmatnya ketika itu,
Terasa dekatnya Kau dan aku,
Bagaikan kita menjadi satu,
Indah nya saat itu,

Segala perbuatan diri ku,
Ku rasa kerana Mu,
Segala percakapan ku,
Ku rasa dari Mu,

Di saat itu,
Ku lupa segala yang di sini,
Hilanglah segala yang tiada,
Nikmat dan indahnya saat itu,
Tenang nya hati ku,

Engkaulah yang satu,
Bersemadilah diri Mu di dalam diri ku,
Agar ku kenal mana buruk dan baik,
Supaya mudah ku memilih antara dua,
Ku mahu kasih Mu…..


Sekian ayat yang terlintas di fikiran ku.



Pengajarannya:-

-Janganlah korang cakap seseorang itu jahat kerana satu kejahatan yang dia lakukan. Ketahuilah, mungkin lebih banyak kebaikan yang terselindung di sebalik kejahatan nya itu.

-Berbaik sangkalah dengan orang lain.

-Jom ramai-ramai bersihkan hati. Bila dah bersih barulah kita dekat pada diri Nya.



Sekian peringatan dari ku,


Macam selalu, diri ku juga sedang berjuang. Di sebabkan itu, teguran anda sekalian sangatlah di perlukan untuk membetulkan diri ku yang serba kekurangan ni.

Selamat berjuang,

Pai..

Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...