Skip to main content

Mengapa perlu ada perpecahan???



Aik2 semua....

Cepat la pru, cepat la pru...

Hehe, politik la pulak. relax dah tak tahan dah dengan segala agenda, segala ucapan, segala hujah yang berkaitan politik ni. Entah la, relax rasa macam setiap pihak ada menyembunyikan sesuatu.

Yang pemimpin ni kata macam ni, pemimpin ni lak kata macam ni.... tak cukup dengan pemimpin, penyokong dia pulak yang berhujah sana sini... x cukup dengan berhujah, ditambah pulak dengan maki hamun dan yang lebih teruk putus sahabat terus.

Adoyai kalau macam ni la sifat kalian, macam mana negara kita nak maju. Adakah begini sifat orang muslim. Memaki hamun sesama sendiri. Setiap penyokong cuba membela parti masing-masing.

Tapi bila di tegur diorang kata, kami hanya mengutarakan pendapat. Persoalannya sekarang mengutarakan pendapat apa sampai memaki hamun. Sedarlah wahai manusia sekalian, memaki hamun pihak lain bukan identiti seorang Islam.

Lagi satu, apabila pemimpin dari parti masing-masing melakukan sesuatu, pikirlah dulu betul or tidak apa yang dia buat 2, apa akibat dari tindakkan pemimpin tersebut. Bukan menyokong terus apa yang dia lakukan.

Ingatlah, kita ni manusia tak lari dari kesilapan, begitu jugaklah pemimpin parti masing-masing. Itulah sebabnya kita kena pikir dulu, betul or tidak tindakkan pemimpin tersebut.

Jangan korang ingat kalau dia pemimpin, kita boleh terima terus apa yang dia lakukan.

Adoyai, mengapa kita sesama Islam tidak bersatu, bersama membina dan mengharmonikan negara kita Malaysia. Mengapa mesti ada pepecahan?

Aaaaaahhhh serius pening kepala + panas hati melihat gelagat penyokong parti masing-masing.

Jom2 kita bersatu, bersama menyelesaikan masalah negara .. di samping memakmurkan negara. Bukannya bergaduh sesama sendiri. Masalah tak boleh selesai dengan bergaduh.

Akhir kata dari ku, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...



Sekian artikel politik ku hari ini



Comments

Popular posts from this blog

Silat cekak ustad hanafi dan silat gayong malaysia

Assalamualaikum , Persilatan adalah.... sory la google sediri. Sebab relax bab2 nak merungkai apa itu persilatan memang x pandai. Bukan apa kalau salah mentafsir nanti orang marah. Cuma kat sini nak cakap sikit pasal Silat Cekak Ustad Hanafi dan Silat gayong malaysia. Silat cekak ustad hanafi Mengenai silat cekak ( sini ). Laman rasmi silat cekak ( sini ). Berikut adalah sedikit sebanyak pasal silat cekak: - x payah bunyi suara. - Hanya berdiri tegak. - Mempunyai 21 buah dan ada juga buah umum. - Lebih menitiberatkan pertahanan persilat. - Hanya ada 1 sahaja buah serang. - Sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana pengakhirannya ialah seri. -    Gerak yang ringkas -    Senjata yang digunakan parang lading dan wali jantan. -    Diam2 ubi berisi. dan sebagainya.... Silat gayong malaysia - Kena bunyi suara (ada sebabnya) - Perlu membuka langkah (kekuda) -    Mempunyai banyak buah -    Menggunakan pelbagai senjata. ...

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA

Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni .) Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi. Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu: Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas. Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih ti...

Perbezaan sedih dan sebak

Eeeeerrrrmmmm, sedih dan sebak nampak samakan. Sebenarnya nampak je sama tetapi ada bezanya.  Sebak dan sedih, Sama dari segi hasil, Berbeza dari segi pengawalan, Kedua-duanya menghasilkan air mata, Sebak tidak boleh di kawal, Sedih boleh di kawal, Inilah perbezaannya, Sedih dan sebak, Sebak lahir dari hati, Sedih lahir dari emosi, Inilah faktor mengapa sebak itu tidak boleh di kawal, Usah kau kata kau kuat, Tidak akan mengalirkan air mata, Sampai satu ketika, Kau tidak akan boleh mengawal air mata itu, Ini lah sebak,  Diri tidak mahu, Tetapi hati membentak mahukan air mata, Makanya otak tidak lagi mengawal, Sebaliknya hati, Sedih, Hadirnya boleh di minta, Membayangkan satu kepiluan, Saat ini otak menafsir, Seterusnya air mata mengalir, Kebanyakkan lelaki, Tidak akan mengalirkan air mata, (ye la kut) Tetapi saat air mata mengalir dari matanya, It...